dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

sempena tahun 2010, de' anje online membuka peluang untuk sesiapa saja menulis di blog ini.

peluang ini terbuka kepada semua tanpa mengira parti, fahaman, agama, bangsa dan kewarganegaraan.

setiap artikel akan ditapis sebelum disiarkan dalam tempoh masa 24 jam.

sila hantar artikel di

sila letak nama pena di bawah artikel yang dihantar.


de' owner

10 February 2010

Liga Kampung Mukim Dusun Tunggal...

Minggu lepas telah diadakan suatu perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan Kg. Kemetot dengan Kg. Jawa. Pasukan Kg. Keling telah melantikpengadil yang dipilih daripada pihak mereka juga. Ini membuatkan pasukan Kg. Jawa merasakan mereka teraniaya.

Namun berdasarkan restu daripada tok penghulu mukim, perlawanan tersebut tetap diadakan. Semasa perlawanan, pengadil telah membuat beberapa keputusan yang memihak kepada pusakan Kg. Kemetot. Keadaan ini menyebabkan para penyokong pasukan Kg. Jawa berasa tidak puas hati.

Berbeza dengan penyokong pasukan Kg, Kemetot, mereka mengatakan bahawa pengadil telah bertindak secara adil. Setiap keputusan perlu dihormati. Penyokong dan pemain pasukan Kg. Jawa dicemuh kerana dianggap tidak mempunyai semangat kesukanan.

Sehingga wisel penamat ditiup, keputusan berpihak kepada pasukan Kg. Kemetot. Para penyokong mereka berteriak gembira menandakan bahawa pasukan mereka sememangnya kuat dan takhdir memihak kepada mereka. Para pengadil pula terus pulang meninggalkan para pemain dan penyokong pasukan Kg. Jawa yang tahu semuanya hanyalah sandiwara sahaja.

P/S : Cerita sekadar rekaan, dan tiada kena mengena yang hidup mahu pun yang mati....

09 February 2010

Aku bersedih dalam bersedia

Aku dah bersedia untuk menerima kekalahan ini. Aku dah tahu, dah boleh agak. Tapi apa yang aku tak faham... Demi tembolok sendiri,deme sanggup mencelah kangkang perlembagaan.

Menurut apa yang diceritakan oleh sahabat teman yang ada di dalam mahkamah, pada permulaan pembacaan keputusan, para hakim bingung dah tidak tahu kepada siapa kuasa rakyat ini harus diberi. Hampir seolah mereka ingin meng'dismiss'kan kes. Namun setelah perbicaraan diteruskan, deme terpaksa memihak kepada kerajaan yang haram ini kerana ini memudahkan mereka wat apa pun. Sebab kerajaan mahkamah zambry merasakan alang-alang dah jadi ruper ini,elok diteruskan sahaja.

Standing judgement hanya berdasarkan kes ini dah lama dibicara dan kerajaan zambry elok memerintah.

Macam cerita dalam ceramah DSN, seorang lelaki dan perempuan di hadapkan ke mahkamah bila orang mengadu mereka bersekedudukan. Siap dah ada anak haram lagi. Sementara anak tunggu bicara, kuak sorang lagi anak. Bulan berganti tahun. Udah ada 4 orang anaknye. Akhirnya bila time bicara, hakim berkabor, ater bior ler. Hakim cakap,deme udah elok dah. Tak ngape. Takde dah orang komplain. Ater bior ler deme. Dah bahagia dah pun. Jadinye dalam malam ni, kalau kamu buat jahat dan mende haram, kalau dah lama benor dan orang tak complain, takde la masalah, walaupun kome tahu mende tu haram seharam-haram jadahnya.

Kesimpulannya, Zambry adalah haram jadah.

08 February 2010

Bersediakah aku untuk untuk bersedih



Video ini adalah handmade aku masa Dato Seri Nizar berceramah di Kg. Sumpitan Lenggong. Sebenarnya ini merupakan hari yang ketiga DSN memperingati peristiwa yang mungkin akan berlaku selepas keputusan Mahkamah esok. Soalnya sekarang adakah aku bersedia untuk bersedih...

.......................................................................................................

Aku dibesarkan dalam keluarga yang sedehana. Bersekolah rendah di SK Sg Rokam, Menengah di SRC (Sekolah Raja Chulan) aku sambung pengajian aku dalam DPIM (Diploma in Planting Industry Management) dan aku ambik degree dalam bidan Marketing di universiti yang sama. Pernah berkhidmat sebagai Career Agent untuk MNI yang kini digelar Etiqa Insurance. Aku balik ke Ipoh sebab arwah Ayah meninggal dunia dan Mak aku almost cannot survive at that time. Aku ade 2 orang adik. Perniagaan arwah Ayah aku tak tahan lama dibawah selenggaraan aku sebab aku takde contact supplier arwah. Di tambah business arwah ada kene mengene sedikit dengan Politik. Arwah ayah pernah jadi Ketua Bahagian UMNO. Walaupun dia adalah reformis senyap, tetapi hatinya masih kuat UMNO. Sekarang Bonda dah ada right hand man iaitu adik bongsu dan juga adik lelaki aku. 2 orang kuat Bonda dapat bantu ringankan beban aku.

Semasa peralihan kuasa 8 Mac 2008, perniagaan aku makin merudum (sebabnya aku dah bagi tahu tadi). Sepatutnya aku orang yang patut membenci Pakatan Rakyat. Tetapi sebaliknya... Aku amat menitik beratkan keadilan untuk semua... Aku tak suka kat UMNO sebab deme nih harap tak pernah adil. Zalim dan maha ZALIM... Aku makin kuat reformis sejak aku duk bukak buku yang arwah Ayah download dari Web MAHAZALIM...

Dalam hidup aku penuh dengan ketidakadilan. Hal rampas-merampas memang selalu terjadi dalam hidup aku. Apa yang terjadi sebelum ini kat teman, itu hanya aku jer yang tahu. Tetapi yang aku tak boleh nak terima bila UMNO Barisan Nasional rampas hak undi yang aku tanda pada PRU 12 aritu. Dalam keadaan aku 'hairwire' masa tu, satu panggilan dan SMS mengajak aku berjuang dengan para blogger tersohor di Perak nih di kediaman MB.

Aku bukan penulis yang hebat. Malah tulisan aku pun ntah aper-aper... Aku bukan MSK yang tulisan polifiksyen boleh memukau sapa saja sampai berpuluh email dan beratus SMS masuk tanyer sama dia tulih tu betui ke tak. Aku bukan Cyberboron dengan tulisan Ilmiah dan penuh isi yang enak dan elok dibaca. Aku juga bukan macam Albanjari yang mampu kelentong korang macam dia berada di lokasi padahal duk kat Umah. Aku juga bukan macam Topeng Perak yang tulisannya naratif yang hebat pernah aku jumpa. Kalau suh provoke, 'his the best'. Aku juga bukan penulis macam Sya Reformis yang ilmu reformis dan juga ilmu Alam Maya yang aku tak pernah dengar sebelum ini. Bagi aku dia wanita muda yang hebat. Setahun aku keje nga dia, 'she has all the respect I have toward a women'. Tapi aku...Nothing special about me. Tapi sebab aku percaya dan happy yang aku buat sekarang, tapi sebab aku mahu kembalikan hak undi yang aku tanda dulu. Cilaka nyer UMNO.

Yes aku adalah seorang video blogger. Tapi jadi video blogger bukan semudah yang korang sangka. Penat dan memeningkan kepala. Aku tidak se'creative' macam Jiwo Kelate, Media Rakyat, malah tak setanding langsung dengan geng-geng video blogger yang lain... Walaupun news yang aku dapat top class news, tapi aku nih pun boleh kira ada malas lebih dari rajin... kalau aku betui rajin, dah lama aku kurus, sebab kerja editing video nih makan masa aku yang banyak. Tak terkejar aku nak follow DSN....

Esok adalah penentu kepada apa yang telah aku perjuangkan sejak setahun yang lalu... Aku yang mulanya hanya handyman kepada geng-geng bloggers network sekarang dah ikut orang terpenting dalam sejarah Perak, Malaysia dan juga sejarah dunia. Satu dunia akan lihat betapa sakitnya Politik di Malaysia dan betapa sakitnya UMNO dan Barisan Nasional...

Banyak yang aku belajar daripada perjalanan setahun aku dengan Dato Seri Nizar. Banyak perkara yang dia ajar dan banyak pengalaman yang aku timba. Ia sedikit sebanyak membantu membentuk diri aku banyak tersimpang. Terima kasih kepada yang duk hentam aku dulu. Aku dah insaf dah. Tapi ko tu bila pulak ???....

Bermacam cerita yang dengar pasai esok. Kalah Menang... silap-silap seri pun boleh... kar kar kar. Tapi yang pasti aku nak declare kat sini dan semua... Aku berjuang demi keadilan. Kalah dan menang aku peduli aper. Aku tetap berjuang untuk Perak. Keadilan di bumi Perak dan demi menegakkan ISLAM dan ajarannya untuk kesejahteraan sejagat.

Aku dah bersedia untuk bersedih dan aku juga bersedia untuk berjuang terus-terusan...

Insyallah...

TAKBIR!!!
TAKBIR!!!
TAKBIR!!!

salam repek dari aku dah letih nak tiduq sebab esok nak ke mahkamah... Jumpa di FACEBOOK DSN dan juga di PerakExpress. Aku akan update kat sana....


02 February 2010

Teman vote - BANGANG


Dalam blog member-member ada buat survey... Teman telah vote BANGANG... anda pula???


Derma untuk tolong kawan-kawan

01 February 2010

STATEMENT BANGANG HARI INI

Zambry cabar Nizar, wakil rakyat pembangkang kosongkan kerusi

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang di Perak.

Beliau berkata, Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini berpihak kepadanya.

Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.

"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya.


Terdahulu dalam wawancara itu, Zambry berkata fokus utama kerajaan negeri BN yang diterajuinya adalah untuk membangunkan ekonomi dan memakmurkan negeri Perak dan bukannya terheret ke dalam permainan politik pembangkang yang tidak berkesudahan.

"Sebaik sahaja kita (BN) mentadbir, saya telah memaklumkan bahawa kita tidak boleh selamanya bermain dengan politik kerana rakyat di luar sana inginkan sesuatu daripada kita. Ada masanya rakyat ingin memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting khususnya dalam konteks pembangunan ekonomi negeri," katanya.

Zambry yang dilantik Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Feb lepas menyatakan keyakinannya bahawa sokongan masyarakat pelbagai kaum di Perak terhadap BN akan terus bertambah disebalik pelbagai permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang.

"Saya yakin bahawa rakyat di Perak tidak akan termakan dengan cara mereka (pembangkang) dan dengan adanya perkembangan ekonomi yang baik, kedudukan keamanan yang baik di Perak dan program pembasmian kemiskinan efektif yang kita lakukan, saya yakin akhirnya rakyat akan bersama-sama dengan kita... dengan syarat kita pun kena buat kerja dengan kuat," katanya. - Bernama

sumber

peihong : BODOH PIANG... kalo dah letak jawatan mana boleh bertanding... nampak beno tak reti undang undang...

26 January 2010

Ter'hot' dan ter'now' - Nizar nak saman TV

Ketika sidang media petang tadi, Dato' Seri Nizar menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap TV3 dan Channel 9 yang menyiarkan berita tentang penangkapan Pegawai Khas beliau. Dakwaan itu adalah palsu dan dia menyarankan agar TV3 dan Channel 9 menyarik balik berita berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Jika tidak mahu menarik balik, beliau menggesa agar pihak TV3 dan Channel 9 mengemukakan nama individu berkenaan supaya dapat menjelaskan siapa sebenarnya individu berkenaan.

send by dopod C720

25 January 2010

Ter'hot' dan ter'now' - LA dari SUK keluar masuk Istana hei...

Ade SB teman yang duk melepak di bawah pokok kat Istana mengaborkan ke teman yang LA- Legal Advisor SUK Perak dilihat keluar dan masuk perkarangan Istana.

Nampak benor kelam-kabatnye.

p/s: fakta atau auta, terpulang kat hangpa. Aku tukang sampaikan aje.

Ter'hot' dan ter'now' - Meeting di SUK Perak

Salam bahagia.

Teman dihubungi oleh seorang rakan yang berkerja di SUK Perak. Dia khabor kat teman yang petang tadi Zambry memanggil semua ketua bahagian dan jabatan peringkat negeri Perak hadir ke pejabat SUK. Ada taklimat persediaan pilihanraya.

Kepada semua ahli dalam Pakatan Rakyat dikehendaki bersedia. DUN Perak mungkin akan bubar bila-bila masa.

p/s: rasa macam mimpi lak. Terpulang kat kome nk cayer atau tidak.

24 January 2010

lambang perpaduan?


17 January 2010

wat the fak

KUALA KANGSAR: Christians in Sabah and Sarawak should be allowed to use the word “Allah” because it has been part of their custom for decades, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz said.

Similarly, they must respect the sensitivities of those in the peninsula, who are uncomfortable with the use of the word by non-Muslims, and not use the word here, he said.

“I have been to a church in Sabah and I know that the Kadazans and Ibans refer to God as Allah. The Muslims there are used to it. That is their custom, let it be.

“But when they are in semenanjung (peninsular Malaysia), then they must respect our custom here, which means that you cannot use the word ‘Allah’, because people here cannot accept it,” he said, referring to the growing number of people from Sabah and Sarawak who have moved to the peninsula.

Nazri: ‘But culturally, you cannot apply the ruling in a place where Allah has always been Islam’s God’

Nazri, who was voicing his personal opinion over the “Allah” issue, noted that Sabahans and Sarawakians could still conduct Mass and give sermons in Bahasa Malaysia but should not use the word “Allah” while in the peninsula.

“We must respect each other. When I go to east Malaysia, I have to respect their customs. So when they come here, they also have to listen. That is only fair,” he said, adding that copies of the Bible containing the word “Allah” needed to be changed when used in the peninsula.

The same, he said, should apply to the peninsula orang asli. “They have to use Bibles in English or their mother tongue.

“It is all right to hold Mass in Bahasa Malaysia but do not use the word ‘Allah’. They must use Tuhan as in the national language,” he said in an interview.

Although he agreed that the word “Allah” had been long used in Christianity way before Islam existed, Nazri said: “That’s why I say it is all right in Sabah and Sarawak but culturally, you cannot apply it in a place where Allah has always been Islam’s God.”

Asked about the publication of the Herald, Nazri said there could always be separate editions for the peninsula and Sabah and Sarawak. “It’s all man-made. It’s not carved in stone.”

On whether it was all right for the Bible to be translated into Bahasa Malaysia, Nazri said there were no laws to stop people from doing so.

“I don’t think it is wrong, legally or constitutionally.”

Nazri said the “Allah” matter had to be looked at from the legal and theological aspects and the customs and cultures of the people, before a wise conclusion could be made.

He also noted that states with the Sultan as the head of state and religion already had enactments barring or banning the use of words such as “Allah”, “Kaabah”, “baitulal”, and “solat” by other religions.

In Penang, Malacca, Federal Territories, Sabah and Sarawak, the word “Allah” could be used, legally speaking, but then the Government could still impose a ban under the Printing Presses and Publications Act, he said.

source

--------------------------------------------------------------------------------------

ni sudah gila punya kerja.

Teman ingat Dato Seri kena belajo lagi tentang konsep 1Malaysia nampak gayanya.

Dato Seri tahu ke kenapa pasai apa pada tahun 1981 Dr M mengusulkan Rang Undang Undang Waktu Standard Malaysia?

usah berlindung disebalik adat/turun temurun dsbnya. cakap sahaja undi sabah sarawak amat penting dalam penubuhan kerajaan BN. Lihat sahaja PRU 2008. sekarang ni siapa yang mempolitikkan nama ALLAH?

DIALOG TAHUN 2020

Murid : maaf ustaz tanya sikit

Ustaz : apa dia?

Murid : tadi ustaz sebut pasai ALLAH Maha Agung Maha Kaya Maha Pengampun.

Ustaz : ya betul

Murid : ni ALLAH Sabah Sarawak ke ALLAH Semenanjung?

Masa tu apa nak jawap?


wa chow sin

14 January 2010

Jangan CAMPAK Anak Anda…. BERI pada KAMI

Asalamualaikum wbt,

Jika anda sudah benci atau tidak lagi menyayangi orang-orang dibawah jagaan atau amanah anda, jangan menyeksa atau mendera mereka. Hantar kepada kami…. insyaAllah kami sanggup memikul amanah untuk menjaganya.

http://www.utusan.com.my/pix/2007/0206/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01_big.jpg

Jika anda tak berupaya menghantar, kami sudi pergi mengambil. Beritahu kami dimana lokasi yang perlu kami pergi ambil.

http://3.bp.blogspot.com/_u3vKyogkXtM/SkBYzpLqV4I/AAAAAAAAQAI/Uwpb6Jqvl7A/s400/P1000526.JPG

TALIAN YPNet 24 JAM 1700 800 020
ATAU SMS KE 019-2144214

Terima kasih

PANDUAN MENYUMBANG SECARA ONLINE :


Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat emailpresiden@nurhikmah.org.my




MELALUI CIMB ONLINE

Caranya ialah :

1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/

2. Pilih Pay Bills

3. Pilih Akaun Anda (Payment From)

4. Pilih Payment To >> Payee List

5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah

6. Masukkan Nama Anda (optional)

7. Masukkan Contact No. (optional)

8. Masukkan Jumlah

9. Tekan Submit



MELALUI BANK ISLAM ONLINE

Langkah membuat sumbangan melalui Bank Islam Online

1. Sila pindahkan kedalam akaun MayBank KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030

2. Payable To or Beneficiary Name: KHIDMAT NURHIKMAH Company Registration No. or Beneficiary ID: 646393-A .

3. Letakkan alamat email : presiden@nurhikmah.org.my
__________________________________________________________________

YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon :03-87332411
HOTLINE 24 JAM : 1700 800 020
Fax :03-87332967
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my

11 January 2010

lain kali tengok nombor tu betul betul sikit

ni result da ma cai hari sabtu

kepada yang gagal sila cuba lagi.

kepada yang membeli, kerajaan BN ucapkan jutaan terima kasih kerana turut menyumbang kepada pendapatan negara

wa chow sin

mari kita lihat siapa yang kena


result sports toto hari ahad

kepada yang membeli kerajaan BN ucapkan terima kasih kerana turut menyumbang kepada pendapatan negara.

wa chow sin

09 January 2010

Sepetang di hospital - Bersama Dato' Seri Nizar

Posting asal di PerakExpress

Dato Seri Nizar dan Komen PerakExpress

Sesampai saya di hospital, Dato Seri sedang melayan tetamu daripada pada unit Dakwah, mungkin dari Jabatan Agama Islam. Saya terus memberikan print-out komen pengunjung PerakExpress yang memberikan komen dan kata semangat kepada Dato Seri. Saya highlight kepada Dato tentang komen seorang komenter iaitu Anak Jati Batu14 Lekir. Beliau berterima kasih kepada Anak Lekir atas sokongan beliau terhadapnya walaupun beliau mengadu dia adalah ahli UMNO.

Saya terus bertanyakan berkenaan kunjungan Dato' Seri Zambry ke hospital jam 11.00 malam itu. Katanya Zambry datang bersama Pakeh Adam. Pakeh Adam datang untuk kali keduanya hari tu sebab sebelah petangnya dia datang bersama dengan isterinya. Pakeh Adam berasa keperluan untuk datang kerana ketika beliau pernah sakit dahulu, Dato Seri Nizar pernah melawat beliau. Ketika lawatan dahulu, Dato Seri Nizar ada mengurut-urut tangannya dan bacakan ayat-ayat suci dan Alhamdulillah sampai ke hari ini tangannya yang sakit itu sembuh dan tidak sakit lagi.

Sepanjang perjumpaan tersebut, Dato Seri Zambry tidak banyak berkata apa-apa. Cuma sesekali bila bercakap, perkara yang pada fikiran saya agak dangkal diucapkan ketika melawat orang sakit kemalangan. Apa yang dia cakap, kome pegi tanyer dia sendiri. Secara keseluruhan pertemuan tersebut hanyalah seolah ajakan daripada Dato Pakeh Adam sendiri. Kalau tidak, tak mungkin dia hadir. (cuma tanggapan saya apabila gambaran keadaan Zambry ketika datang itu tidak menunjukkan kesungguhan bertemu orang sakit). Ramai yang datang malam tu, cuma yang masuk ke wad hanya Zambry dan Pakeh Adam. Kelihatan juga Lokman Nur Adam dalam gerombolan yang hadir malam itu.

Tutup cerita Zambry. Dato' Seri Nizar menceritakan pula apa yang berlaku di Masjid waktu sembahyang Jumaat. Setelah mendapat kebenaran doktor untuk berjemaah di Masjid, Dato' Seri berkerusi roda bertemankan anak beliau dan juga beberapa rakan Pakatan Rakyat ke Masjid Sultan Muhibbuddin Shah. Khatib masjid berkenaan se-elok sahaja turun dari mimbar terus mendapatkan Dato Seri dan bertanya samada beliau boleh berdiri atau tidak. Kalau boleh, Khatib minta Dato' untuk jadi Imam. Dato' Seri berkata, tidak menjadi masalah ker??? Khatib menegaskan tidak menjadi masalah.

Yang menjadi kehairanan saya, kenapa ada yang berkata Dato' Seri mengimam solat Jumaat hari itu dengan keadaan duduk. Orang tu tak sembahyang ker??? atau memang jenih sembahyang tak kusyuk sebab nak tengok Imam buat salah apa. Letih...

Selepas selesai berbual, datang Jururawat untuk ambil bacaan tekanan darah. Ternyata masih tinggi. Mungkin banyak sangat berbual dan ramai sangat yang datang.

Kemudian Dato' Seri pun berehat sehingga jam 5.30 petang. Waktu melawat tiba dan ramai yang datang. Antara Team Zunar dan juga beberapa lagi YB Pakatan Rakyat. Hampir jam 7.30 malam saya pun balik ke sarang.

YB Wong Kah Woh
YB Wong Kah Woh

rakyat melawat pemimpin
rakyat melawat pemimpin

Zunar hadiahkan beberapa komik
Zunar hadiahkan beberapa komik

Zunar menerang projek terbarunya
Zunar menerang projek terbarunya

Bekas staff JKR. Pernah berkhidmat dengan Dato' Seri
Bekas staff JKR. Pernah berkhidmat dengan Dato' Seri

08 January 2010

SOLD OUT

tengahari tadi di kedai 4 nombor.

aku : 8851 ada ka?

amoi magnum : habit

aku : 1588?

amoi magnum : habit

aku : 5818 cai boleh ka?

amoi magnum : boleh...

aku : ok la

hehehehehe

wa chow sin

07 January 2010

Pandangan Cermin Mata Buruk

Teman sebetuinya taknak ulas atau posting yang gempak-gempak tentang satu isu yang hebat bebenor dikatakan sekarang... Maklum la... Ader orang dalam dunia blogger nih dah labelkan teman nih tak beriman... Sekali gus tak layak membicarakan tentang hal-hal keagamaan...

Teman taknak ulas lebih-lebih pasai hal Kalimah Allah nih... Teman cuma nak kabokan teman punya stand dalam hal ini...

Sesiapa yang bangang kata Kalimah Allah itu cuma hak orang Islam teman anggap dia dah terpesong akidah dan rasanya tak salah kalau teman katekan deme dah MURTAD (Kalau salah tolong betuikan)... Sebab dengan itu deme mengaku dalam dunia nih ada Tuhan yang lain selain Allah...

Dan seterusnya menidakkan ayat suci Al-Quran yang menyatakan Allah, Tuhan Semesta Alam.

Dan seterusnya membuktikan bahawa UMNO tu parti yang membodohkan orang MELAYU... Sebab dah 53 tahun memerintah, deme gagal memperkuatkan pegangan Islam dalam diri setiap umat Islam di Malaysia nih... Kalau benor UMNO pun mengaku deme parti Islam maka nak takut apa orang bukan Islam guna kalimah Allah. Takut terpesong akidah...???

p/s Peringatan ulangan... Kalau bab murtad tu kome rasa salah, jangan segan tegur teman. Teman masih belajo lagi...

Peringatan tambahan...

Teman bukan orang PAS...
tetapi teman faham yang parti PAS nih...
bukan parti orang MELAYU yang ISLAM yer...
PAS adalah PARTI ISLAM SEMALAYSIA...
Untuk orang ISLAM bukan orang MELAYU...
Kalau ada orang PAS yang ada semangat MELAYU lagi...
elok-elok la masuk UMNO... Boleh teman kutuk rapat ke dinding lagi...

06 January 2010

Hamidah Osman Penceroboh

Original post at PerakExpress.com



5 Jan -Ipoh : Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman telah disifatkan sebagai penceroboh hak oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Surai Al-Falah, Taman Soon Choon di sini kerana mengadakan acara diperkarangan Surau tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Surau.

Bercakap kepada pihak kami, Pengerusi Surau Al-Falah menyifatkan tindakan Adun Sungai Rapat tersebut adalah melanggar hak pengurusan surau tersebut. Beliau telah mempergunakan tempat ibadah tersebut untuk meraih undi rakyat.

“Ini melanggar titah Sultan Perak agar tidak mempolitikkan rumah ibadah orang Islam” katanya lagi.

Memetik pernyataan dalam Akbar Sinar 1 Januari yang lalu, Hamidah Osman menyatakan bahawa acara yang dianjurkan itu merupakan sempena sambutan Maal Hijrah dan ia bertujuan menyatukan ukhwah dikalangan masyarakat setempat.

Namun membidas pernyataan tersebut, pihak pengurusan surau menyatakan kekesalan mereka kerana program yang dianjurkan itu adalah program Parti dan bukannya Program Pusat Khidmat Adun. Di samping itu ketika majlis berlangsung, hampir kesemua peserta memakai vest Parti iaitu pakaian rasmi bagi Skuad Sayang Wanita UMNO. Di samping itu, beliau juga mendakwa, Hamidah memutar-belitkan fakta dengan menyatakan program yang dilangsungkan merupakan anjuran anak surau tersebut sedangkan terang dan jelas ianya hanya program Parti dan hanya untuk meraih undi simpati di kalangan penduduk Taman Soon Choon.

Bersabit dengan itu, pengurusan surau juga sekeras-kerasnya akan menafikan apa jua tohmahan yang bakal diterima apabila Dato’ Seri Nizar yang memberikan kuliah Maghrib beliau semalam disini. Mereka telah cuba menjemput Dato’ Seri Nizar sejak dari bulan November 2009, baru la hari (semalam) beliau mempunyai masa terluang. Pihak pengurusan surau juga menyatakan, program malam ini hanyalah Kuliah Maghrib dan ia bukan berunsur ceramah politik dan mereka menjemput sesiapa sahaja boleh datang tanpa mengira mana-mana fahaman politik.

Credit on video :

Music by The Used - Liar liar

Picture by Al-Husseyn

05 January 2010

Teman kene tangkap

Blogger Dugong Darat ditangkap di Ipoh.


Agensi Berita FAKAP melaporkan, salah seorang krew Perak Expres yang menggunakan nama pena Dugong Darat, telah ditangkap dalam serbuan pihak berkuasa ke atas satu pusat karaoke di Ipoh.



Dugong Darat (terlindung) dikelilingi oleh pekerja warga Vietnam tanpa coli.


Selain itu, akhbar Utusan Malaysia turut melaporkan kejadian itu hari ini. Mat Saman kati ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. Bagaimana pun beliau menafikan kehadiran Dugong Darat di situ sebagai pelanggan.

"Saya mengakui Dugong Darat ditahan. Tapi saya menafikan beliau ditahan sebagai pelanggan. Saya akan mendapatkan penjelasan dia nanti. Saya tidak menolak kemungkinan beliau mangsa keadaan."

Ketika Agensi Berita FAKAP cuba mendapatkan berita dari xenan di sana, adiknya berkata,

"Kami pun cemas. Abang saya dijemput Dugong Darat sejak malam semalam. Bila kami tanya, dia beritahu mahu ke masjid bersama rakan. Sampai sekarang abang gagal dihubungi."

Berita dari blog kawan aku yang paling best abad ini...

04 January 2010

Gula oh Gula

'Ubah cita rasa kurang gula'

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mengajak semua lapisan masyarakat supaya mengubah cita rasa dengan mengurangkan kadar pengambilan gula secara berlebihan dalam minuman dan makanan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana bilangan penduduk negara ini yang menghidap penyakit diabetes adalah antara tertinggi di dunia.

Katanya, kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi gula hampir RM1 bilion setiap tahun walaupun bahan makanan itu banyak mendatangkan mudarat kepada rakyat.

"Apa yang patut dilakukan (rakyat) ialah mengubah cita rasa dan kurangkan makan gula.

"Saya sendiri sekarang ini kalau minum teh tak guna gula... dulu pakai gula sekarang tak. Ini bermakna kita boleh ubah cita rasa supaya tidak perlu makan gula terlalu banyak.

"Malah, pada saya tidak ada logiknya kerajaan keluarkan subsidi hampir RM1 bilion untuk subsidi satu bahan makanan yang boleh mendatangkan mudarat pada rakyat," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Pekan 2009, di sini, semalam. Najib diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram Jumaat lalu, menjadikan harga runcit baru bahan makanan itu di Semenanjung RM1.65 sekilogram dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

Laporan akhbar sebelum ini menunjukkan bahawa purata pengambilan gula di kalangan rakyat di negara ini adalah 26 sudu sehari dan ia adalah satu jumlah yang tinggi.

Mengenai kesan kenaikan harga gula dan sikap segelintir pengusaha makanan dan minuman yang akan menaikkan harga akibat kenaikan harga gula, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengawal dan memantau perkara itu setiap masa.

"Tidak ada sebab harga makanan dan minuman perlu dinaikkan kerana mereka sepatutnya melihat komponen gula ini dari aspek keseluruhan kos pengeluaran sesuatu produk makanan," katanya. Najib berkata, kenaikan harga gula itu bagaimanapun masih rendah di kalangan rantau ini iaitu kira-kira 60 sen sekilogram lebih rendah berbanding harga di Indonesia dan Thailand.

selanjutnya
---------------------------------------------------------------------------------

review berfakta

"Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana bilangan penduduk negara ini yang menghidap penyakit diabetes adalah antara tertinggi di dunia."


ate mana nama Malaysia dalam list ni? tak tau pulak aku kalau malaysia dah tuko nama jadi Bangladesh.

sumber

review mengarut aku

kalau ikut kata PM 1Malaysia,
"Apa yang patut dilakukan (rakyat) ialah mengubah cita rasa dan kurangkan makan gula."

"Saya sendiri sekarang ini kalau minum teh tak guna gula... dulu pakai gula sekarang tak. Ini bermakna kita boleh ubah cita rasa supaya tidak perlu makan gula terlalu banyak."
kalo ikut fahaman IQ rendah aku ni kesimpulannya :

gula naik rege kurang makan gula
kereta proton naik rege kurang beli kereta proton
petrol naik rege kurang guna petrol
beras naik rge kurang makan nasi
kos nak kahwin naik kurangkan kahwin
kos anak sekolah naik kurangkan anak ke sekolah
gaji naik kurang kan bekerja...

asei naik rege barang mesti nak compare rege ngan negara asia tenggara lain. ALO... what the fuk pulak aku nak tau rege gula kat negara lain. aku bukan duduk sana atau aku bukan juga toke kilang gula kat negara sana.

bila rege barang naik, timbul juga cerita subsidi. aduhai kerajaan BN ni, kalau dah tak mampu bagi jangan le jadi kerajaan. Serah je kuasa kepada orang yang mampu jadi kerajaan dan bagi subsidi. usah le mengeluh dengan RM1b subsidi gula sedangkan rege kapal selam hampir mencecah RM4b iaitu satu pertiga kos kementerian pertahanan bagi tahun 2009.

Yang aku tahu pada tahun 2008, majalah Forbes declare Robert Kuok sebagai orang paling kaya di Malaysia dan Asia Tenggara dengan aset berjumlah USD$9b dan masih mengekalkan gelaran Raja Gula.

subsidi baru RM1b. maknanya baru kurangkan USD$295m dari aset Raja Gula kita tu. Takkan ini pun menteri kewangan pertama atau kedua tak boleh nak kira.
----------------------------------------------------------------------------------
cadangan :

mintak review balik rege gula tu. naikkan 25 sen bagi jumlah genap. sekarang ni nak jumpa duit 5 sen susah ooo. nak lagi senang genapkan jadi rm2. senang toke kedai tak payah bagi belen.

p/s : ha ha ha ha ha