dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 December 2008

Aji dan 20 ekor ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia berjumpa Pak Kadir “Tauke Ayam” untuk membeli ayam .

Lelaki kaya : “saya ingin menempah 20 ekor ayam untuk besok, ini alamat saya (sambil memberikan kad namanya yang mengandungi alamat rumah)

Pak Kadir
: “baiklah, saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkan ayam-ayam ini ke rumah anda besok”

Setelah itu Pak Kadir memanggil Aji dan berkata….

Pak Kadir : “Ji, besok tolong antar 20 ekor ayam ke alamat ini (Sambil memberikan kad nama lelaki kaya tersebut)”

Aji
: Antar ayam.. siap Boss….

Keesokan harinya Aji membawa 20 ekor ayam dengan motosikalnya. 10 ekor diletakkan di sisi kanan, dan 10 ekor diletakkan di sisi kiri. Akan tetapi malangnya, di dalam perjalanan dia eksiden terlanggar lubang…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari behamburan. Orang ramai datang untuk melihat keadaan si Aji, akan tetapi si Aji malah ketawa mengilai ngilai dan berguling guling.

Orang yg bertanya : “Bang, abang ok ker?.. ? takde cedera mana mana kan?”

Aji : “Ha… ha… ha… !”

Orang yang bertanya : “Bang, kenapa abang lain macam je ni ?”

Aji: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”

No comments:

Post a Comment