dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

23 December 2008

aku, miskin, senang dan kaya

aku tak nak jadi kaya
aku takut bila dah kaya
aku risau harta ku dicuri
aku runsing dikelilingi pengampu
jadi bila dah kaya
hidup aku tak tenang
tidur aku tidak lena

aku pun tak nak jadi miskin
sebab bila miskin
aku tak mampu berbelanja
aku dikejar hutang sekeliling pinggang
bila aku miskin
hidup aku tidak tenang
tidur aku pun tidak lena

jadikan aku orang senang
aku selesa menjadi orang senang
senang membeli
senang berbelanja
senang menbantu
bila dah senang
hidup aku tenang
tidur aku berbuai mimpi indah

No comments:

Post a Comment