dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 December 2008

Al-kesah sebuah cheritera dalam bilik derjah

DALAM sebuah kelas Sekolah Kebangsaan di sebuah kampung agak pedalaman, seorang cikgu perempuan sedang memberi maklumat semasa kepada murid-muridnya. Ditangannya terpegang sebuah surat khabar Melayu popular. Bagi penduduk sekitar sekolah itu hanya itulah satu-satu surat khabar yang sampai ke kampungnya.

Akhbar itulah menjadi penyambung mereka dengan dunia luar dan pembekal maklumat terkini yang dulu sangat dipercayai tetapi kini semakin diragui!

Menjadi rutin bulanan cikgu muda ini akan menggunakan akhbar sebagai alat pembelajaran sabagai selingan dan mempelbagaikan bentuk pembelajaran. Kebetulan hari ini berita mengenai kenyataan seorang yang dibabitkan membunuh wanita asing disiarkan di muka depan. Berita yang disiarkan secara meluas itulah dijadikan topik pembelajaran.

"Murid-murid sudah baca akhbar ini?" tanya cikgu itu sambil mengangkat tinggi-tinggi akhbar berkenaan.

"Tidakkk.... ..! jawab murid-murid serentak. Ada yang menggeleng kepala sambil mata merenung ke arah surat khabar yang sedang dibelek-belek cikgu muda itu.

"Di sini.... dalam akhbar ini ada cerita menarik, iaini kenyataan oleh seorang yang baru dibebaskan oleh mahkamah daripada bersubahat membunuh seorang perempuan beranak satu. Kisah ini berlaku nun jauh di ibu kota negara kita. Cikgu ada beberapa perkara dan persoalan yang hendak dikongsikan dengan kamu semua," kata cikgu itu bersedia untuk mengemukakan persoalan. Beliau mahu menguji sejauh mana kepekaan dan kebijaksanaan anak-anak murid tersayangnya itu.

"Pertama, si tertuduh itu menafikan bahawa ada seseorang yang dikaitkan dengan wanita yang dibunuh kejam itu mengenali wanita asing itu. Apakah kamu percaya atau tidak?"

"Tidakkk...! " jawaban murid serentak seolah mereka sudah mengetahui latar belakang berhubung cerita itu. "Kami tidak percaya!" tambah mereka dengan lebih tegas dan jelas lagi.

"Kedua, kata tertuduh yang dibebaskan itu, sejak dibebaskan dia tidak pun berhubung dengan seorang yang turut dikaitan dengan pembunuhan wanita itu, baik menerusi telefon atau SMS, kamu percaya atau tidak?" tanya cikgu itu.

"Tidakkkk... ," jawab semua 30 orang murid itu seakan sebelum habis cikgu itu membaca soalan itu mereka ramai-ramai sudah menjawab.

"Ketiga, kata tertuduh yang bebas itu sesiapa percaya kepada berita mengata orang itu ada kaitan dengan perempuan yang dibunuh itu, adalah bodoh... apa pandangan kamu semua mengenai hal ini?"

"Selalunya orang cerdik menipu orang bodoh dan orang bodoh ditipu orang cerdik, cikgu!" jawab murid-murid itu menyebabkan cikgu itu terpinga-pinga. Kali ini mereka menjawab secara simbolik pula.

"Keempat, kata orang yang dibebaskan itu, wanita yang dibunuh itu tidak ada kena mengena dengan kontrak pembelian kapal selam.... di mana kontrak ini juga ada kena mengena dengan lelaki yang dikaitan dengan wanita yang dibunuh itu.... apa pendapat kamu mengenai hal ini?"

"Cikgu, kata emak saya sesiapa yang berak di tengah jalan dia tidak akan mengaku! Orang itu sudah berak tengah jalan cikgu..!" kata seorang murid berkepala jambul disambut dengan hilai ketawa melucu sampai ada murid yang terkencing. Lucu tetapi betul! Cikgu muda itu juga turut tersipu-sipu dengan telatah muridnya yang seorang ini. Geli dan lucu.

"Ke lima tertuduh yang dilepaskan itu tidak mahu menceritakan bagaimana mula dia mengenali wanita yang dibunuh itu apabila ditanya pemberita. Katanya itu tidak penting. Agak-agak kamu kenapa dia enggan memberi tahu perkara sebenarnya?"

"Dia takut tembelangnya pecah cikgu!" laung satu suara tersudut. "Kalau sudah pecah nanti orang semua tahu apa sebenarnya yang terjadi," balas murid lain pula berketurunan India.

"Baiklah, cikgu nak tanya kamu semua... berdasarkan beberapa persoalan tadi apa yang kamu fikir mengenai laporan ini dan mengenai orang yang dituduh kemudian dibebaskan itu," kata cukgu itu untuk mencari kesimpulan

"Hanya dia saja yang tahu cikgu apa sebenrnya yang berlaku. Hari ini dia boleh berhelah dengan seribu daya dan kebebasan yang baru dinikmatinya itu. Besok di akhirat besok dia akan menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku!" jawab anak muridnya serentak penuh dengan bijaksana dan tegas.

Cikgu muda yang belum kahwin itu (tetapi sudah ada calon) tersenyum sendiri. Dia menyemak segala jawaban dan sikap anak muridnya. Dia puas. Puas kerana walapun usia mereka belum baligh (mereka adalah dari kelas tadika Kemas yang terletak dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar), tetapi sudah dapat membuat penilaian sendiri.

Mereka rupanya tidak mudah percaya apa yang dilaporkan dan apa-apa yang keluar dari mulut seseorang walaupun seseorang itu kaya dan berkedudukan dan kelihatan sangat pintar dan licit. Bagi mereka integriti seseorang itu bukan pada status tetapi kepada akhlak dan kejujurannya.

Sebelum cikgu itu keluar untuk ke bilik guru dia berdoa biarlah kesemua muridnya itu kekal dengan kecerdikan, bersemangat tinggi dan mempunyai pemikiran yang kritis.

p/s Jangan Perbodohkan Lagi Rakyat...Keme dan pandai...

'Hari minggu makan pengat, sendiri mau ingat'

No comments:

Post a Comment