dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

03 December 2008

Anak Helang

Pada suatu hari seorang orang asli di hutan Amazon merayau-rayau di dalam hutan bagi mencari rezeki. Tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang berlegar-legar di atas sebatang pokok yang tinggi. Rupa-rupanya burung tersebut mempunyai sarang di atas pokok berkenaan. Orang asli itu pun menunggu dengan sabar sehinggalah burung helang tersebut meninggalkan sarangnya.

Tanpa melengahkan masa orang asli tadi pun memanjat pokok itu dan mendapati terdapat beberapa biji telur di sarang tersebut. Dia pun mengambil kesemua telur itu dan dibawa balik ke rumahnya. Sesampai dia di rumah, orang asli berkenaan meletakkan sebiji telur untuk diramkan oleh ayam betinanya manakala yang lain untuk sarapan.

Dipendekkan cerita, menetaslah telur tadi bersama telur ayam yang lain. Maka hiduplah anak burung helang tadi bersama ibu dan anak-anak ayam yang lain dengan mencatuk dan memakan cacing, nasi dan sebagainya. Apa yang ayam buat itulah juga yang dilakukan oleh anak burung helang tersebut.

Pada suatu hari sedang anak burung helang mencatuk cacing, tiba-tiba dia terlihat ada seekor helang sedang berlegar-legar di udara. Maka berkatalah anak burung helang itu di dalam hatinya... "Alangkah bagusnya kalau boleh jadi macam burung helang yang sedang terbang itu..."

No comments:

Post a Comment