dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

04 December 2008

Berani kerana benar....

KUALA LUMPUR: Keputusan Umno untuk memecat bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Keputusan sudah dibuat. Ini satu keputusan biasa. Keputusan ini sewajarnya dilakukan,” kata Abdullah, yang juga Presiden Umno, kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Kongres Asia Timur keenam di sini, hari ini.

Pada 2 Disember, Majlis Tertinggi Umno memutuskan Zaid dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri acara yang dianjurkan parti pembangkang.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.


hehehehehe....

ajenyang lawak deme nih...
sorang tu buat mende yang dia rasa benar...
sorang lagi citer mende betui...
sorang kene buang...
sorang kene gantung...
kalau lah kita berani kerana benar...
kalau tak kene buang gerenti kene gantung...

so baik gi tiduq jer.....
ZzzzzzZzzzzzZzzzzzzz.....
hehehehehe....

'Hari minggu makan pengat, sendiri mau ingat'

No comments:

Post a Comment