dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 December 2008

berapa hinggit?

gua tengok kalendar
2 disember 2008
gua bukak astro
ada iklan
monsoon cup 3 - 7 disember 2008
gua pandai
gua google monsoon cup
rupanya start 24 november 2008
qualifiying katanya
gua ada soalan :
berapa ringgit habih tahun ni?
berapa ramai tetamu dapat naik mercedes?
hadiah :
sapa menang boleh jadi calon PRK KT

2 comments:

peihong said...

lagu dan irama bak bait bait lagu P Ramlee

sukan dan politik sinonim
seperti politik dan wang
bagai YB dengan kroni

leman3suku said...

lu jangan cakap itu macam
gua suka monsoon cup
ruang untuk perabih duit

Post a Comment