dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

03 December 2008

Berapa Penjuru?

Pilihanraya kecil KT. Kalau dulu pertandingan 3 penjuru kali ni pertandingan berapa penjuru?

Persoalan yang sama akan muncul bila menyebut Parlimen Kuala Terengganu. Adakah kelibat Nenek Maimun kali ni atas tiket bebas?

Melihat senario Permatang Pauh semestinya persoalan samada Atuk Hanafi akan turut bertanding turut menjadi tanda tanya.

Berapa majoritinya kali ini? Berapa penjuru pertandingan? terganggukah majoriti undi jika Nenek Maimun dan Atuk Hanafi turut bertanding?

Akan tersediakah sekreteriat blogger untuk membantu jentera pilihanraya kali ini seperti yang dibuat di Permatang Pauh?

Apakah isu yang akan timbul sepanjang tempoh kempen nanti?

Semuanya dalam debaran. Malahan ada yang sudah mula menyingsing lengan untuk bekerja sementara menunggu tarikh oleh SPR yang termaktub bahawasanya pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh masa 60 hari selepas kekosongan kerusi kawasan. Pilihanraya ini juga akan menguji kemampuan SPR (yang selalu menjadi isu setiap kali pilihanraya) yang diterajui oleh Pengerusi baru, Abdul Aziz.

p/s : Buat Nenek Maimun dan Atuk Hanafi... dari buang duit kat SPR(hilang wang pertaruhan) baik buat tambang pi haji... tak pun huloq kat teman buat belanja kat Kelab Anje. hehe

1 comment:

kuda_laut said...

hat yg bawah sekali tu mmg teman sokong mike..hehehehehehehe

Post a Comment