dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

31 December 2008

Biskut dan mime artis

Dia ni memang biskut le
Kejap ada kejap takde
dekat pilihanraya baru ada
abih pilihanraya hilang entah kemana
bak anjing mencawat ekor
jalannya mengiring menanggung malu

Dia yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan
ialah Ezam the 6 Boxes Man

La ni dia muncul lagi
sempena p36
memperjuangkan keris
yang pernah diumpat dan dimakinya dulu

dia terlupe gamaknya
yang keris ni suka menikam
kalo tikam pihak lawan tak pa jugak
tapi malangnya keris ni jenis makan tuan
asyik nak tikam dada sendiri

apa nak buat melayu mudah lupa
lupa asal usul
lupa yang dia ni dulu meludah kahak
dan lupa yang dia ni menjilat kembali kahak ludahnya

cakap orang macam dia ni
usah kata masuk telinga kiri keluar telinga kanan
nak bagi masuk dalam telinga pun tak berbaloi
buat rugi je gegendang menerima decibel suaranya
buat rugi otak je mentafsir percakapannya

kalo tak nak rugi abaikan badut ni
anggap badut ni seperti mime artis
tanpa penonton dia akan tetap beraksi
penyudahnya dia akan penat sendiri

No comments:

Post a Comment