dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

23 December 2008

blog

ini x ketua bahagian munya nasib manyak malang
sulah kalah untuk kekalkan post
lia kena sound sama chairman lembaga disiplin

itu chairman cakap
ini x ketua bahagian bersalah
pasai bikin blog kempen

gua sangat kesian sama itu x
tapi gua lagi kesian sama u m n o

olang mau maju lu mau gostan
olang wawasan 2020 lu talak wawasan
olang manyak bikin blog lu hantam sapa bikin blog
olang mau celik it lu buta sepanjang hari

tapi gua sokong sama ini chairman
lagi lia malah olang u m n o bikin blog
lagi senang kita mau menang

blog talak moleh 
kain pelikat moleh
politik wang moleh
bikin rombongan ahli cawangan moleh

sikalang gua mau komplen
sama ini chairman
pasai manyak olang u m n o ala blog

gua mau tengok satu satu blog u m n o TUTUP

No comments:

Post a Comment