dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 December 2008

Bola Bola Api 2

Masih cerita pasai bola bola api.

Semalam kat Kelab Anje teman merapu pasai tahap sukan di Malaysia. Dari pandangan serong teman yang involve 2 tahun pembentukan atlit untuk SUKOM 98 (dengonya akaun masih tak dibentang bentang lagi atau dalam bahasa akauntan akaun tak close)

Rata rata kantoinya sukan kita sebab politikus yang memegang tampuk pentadbiran. Ini yang payahnya. Mana nak turun lawat kawasan, mana nak pi bersidang kat parlimen, mana nak handle kementerian, mana nak pi lawatan luar negara dan macam macam mana lagi lah. Okay fullstop, teman dah merapu jauh.

Balik ke cerita bola bola api ni. Walaupun agak kecewa sebab masih politikus yang duduk dalam lineup PAFA tetapi teman agak happy sebab jurulatih fav teman muncul kembali. Dengan title Ketua Jurulatih dia yang teman maksudkan tak lain tak bukan M. Karathu.

Dari segi line up teman suka dengan muka muka baru. Umur yang muda. Semangat juang yang tinggi (sebab terpilih). Tapi kena ingat team ni perlukan masa untuk berada di tahap maksimum. Bagi deme ni masa. Bagi Karathu masa. Insya Allah deme deme ni akan mampu mencorak lukisan senario bolasepak negara menjadi lukisan yang berharga.

p/s : kepada lineup PAFA (dari kalalangan politikus) harap tidak meletakkan kesalahan keatas pemain bila diserang dalam dewan rakyat atau akhbar oleh pihak lain bila diungkit tentang kejatuhan bolasepak perak adalah disebabkan politikus memegang pentadbiran PAFA.

No comments:

Post a Comment