dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

31 December 2008

Budu oh budu


Bahan-bahan ( ikut suke ler )

  • Budu (cap apa2 pun takpe)
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 5 biji cili padi (dipotong halus)
  • Buah mangga muda (dipotong/diracik halus2)
  • Sedikit air masak
  • Sedikit Pak Aji (kalo tak letak pun takpe)

Cara-cara

  1. Masukkan sume bahan2 tadi ke dalam mangkuk yg sesuai saiznye.
  2. Bolehlah dimakan sebagai penambah selera. Kalo dihidangkan dengan kuah ikan singgang, mesti masyuk punye! Cicah dgn ulam-ulaman pun sodap!!


Kenapa budu lak hari nih...

Baca di sini dan di sini...

Sebab bulan depan nak gi Kelantan dan Terengganu...

Keh keh keh...

No comments:

Post a Comment