dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

19 December 2008

cakap dulu baru fikir

Bila teman kata bangang, bodoh, bahalol, bingung, baghal, keldai, monyet, kambing dan seerti dengannya mau teman yang kena ISA kang.

Bila teman carut hingga mencapai tahap gaban, segala mak pun keluar, belum kira hak bapak punya, kena ISA jugak teman.

Mana tak marah..... Semalam sibuk nak swasta. Hari ni tak jadi. Kalo tak jadi dengan alasan yang best macam

  • Sime Darby tak de duit ke?
  • Sime Darby tak boleh bagi special rate untuk golongan miskin ke?
  • Semua doktor akan resign dari IJN kalo diswastakan ke?

Boleh la jugak akai cetek teman ni terima.

Selagi tangguh sebab nak kena buat kajian mendalam dengan kementerian kementerian lain dulu. Ini yang bikin teman panas.

  • Ngapa sebelum cakap tak mau FIKIR PANJANG PANJANG
  • Ngapa sebelum announce tak nak KAJI DALAM DALAM
  • Ngapa sebelum cerita tak nak PAKAT RAMAI RAMAI

Teman tau le mike nak jadi PM nanti.... opssss silap Presiden UMNO nanti tapi jangan la dok ikut perangai Presiden yang ada sekarang ni. FLIP FLOP

Masalahnya kalo setakat FLIP FLOP tak pa tapi mike dah tahap FLIP FLOP FLUP FLEP FLAP.

Jibauk betoi

No comments:

Post a Comment