dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

11 December 2008

Call 1

Tengahari semalam tadi teman dapat call. Kawan teman call teman nak minta tolong.

Teman : Hah apa halnya ni?

A : Aku nak mintak tolong la beb

Teman : Tolong apa?

A : Ko kan tau aku ni Production Manager

Teman : Jadi?

A : Jadi teman nak mintak tolong la kalo ko ada contact untuk aku dapat Dato' Seri

Teman : Mak aihhhh... on what basis ko nak Dato' Seri tu

A : Sebenonya masa Shah Rukh Khan shoot kat MaLaysia; aku jadi Location Manager diorang. Jadi kiranya aku berjasa memperkenalkan Melaka. Kalo aku tak bawak diorang shoot kat situ tak dapat la Shah Rukh Khan Dato' kan

Teman : Betoi jugak tu tapi ko tu Location Manager je bukannya orang kerajaan Melaka tau apa keje mike. Lagi pun teman tak de contact yang mike nak tu

A : Tak dapat Dato' Seri dapat PJK ke AMN ke jadi la. Ala boleh la ko kan ke banyak contact

Teman : Kalo teman banyak contact tentu dah lama teman dah pakai Dato'. Sorry la teman tak dapat nak tolong.

A : Kalo macam tu tak pa tapi kalo ko ada lubang jangan lupa rekemen nama aku. Nanti aku sms nama penuh aku.

Teman : Ya la nanti mike bagi teman nama penuh mike tu, kalau ada teman rekemen

A : TQ bro. Jangan lupa rekemen aku. Bye

Teman : Bye

Teman menung lepas sembang ngan kawan teman tu. Desperate beno nak kan Dato' Seri. Ada betulnya jugak kata kawan teman tu kalo dia tak bawak ke lokasi Melaka gerenti org Bollywood tak shoot kat sana. Hmmmm....

Dalam dok menung handphone teman berbunyi. Teman nengok kawan teman nganto nama penuh dia. Teman balas sms dan terus switch off handphone. Maleh nak pikio.

p/s : Susu di tangan. Anak menangis kelaparan. Monyet yang kekenyangan diberi susu. Bukan setakat susu; lampin, baju, seluar semuanya diberi. Siap dibuai tidur monyet itu.

No comments:

Post a Comment