dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

11 December 2008

Call 2

Handphone teman berbunyi. Berambat teman dari toilet ke handphone. Kat skrin keluar nombor je bukannya nama. Teman angkat sambil doa harap harap bukannya bank atau org juai barang.

Teman : Halo

B : Woi ko kat mana tu

Teman : Kat rumah la mana lagi (dalam hati teman jenuh meneka siapakah yang menelefon)

B : Aku ada benda nak tanya ni

Teman : (potong cakap) Ni sapa ni

B : Laaaa ko ni... Ni B la

Teman : La ko ke B. Apa hal ko telepon aku ni

B : Aku la ni dok ikut satu production Bollywood. Aku jadi Location Manager. Ingat nak shoot kat Perak. Tu yang teringat ko tu

Teman : Hah baguih la tu. Ko nak aku buat apa? Tolong cari lokasi ke?

B : Tak payah tolong sebab lokasi Perak aku dah check ngan TDC PWTC. Aku nak tanya ko kalo aku bawak org Bollywood ni shoot kat Perak; agak agak ko aku boleh dapat Datuk tak? Hero ngan heroin Bollywood ni pun nak Datuk jugak

Teman : Wei ko ingat aku keje pejabat istana ke

B : Saja la aku tanya sebab tengok gaya ko ni kuat kat Perak. Kejap kejap meeting ngan MB. Kejap kejap dah meeting ngan exco.

Teman : Sorry le meeting aku tu hal blogger la bukan hal mintak datuk. Senang cakap aku tak boleh tolong dan aku tak de contact untuk itu

B : Kalo macam tu aku tak jadi la nak rekemen lokasi Perak kat org Bollywood ni. Aku ingat nak try Selangor pulak. Apa pendapat ko

Teman : Dari ko sibuk pergi Selangor baik ko pergi Melaka. Dah la, teman tengah memerut tadi. Ingatkan call penting. Pergi call kerajaan Melaka tu

B : Kerajaan Melaka ye....? boleh jugak tu. Eh ko ada no phone SUK Melaka tak?

Teman : Pergi cari sendiri. Bye.

Teman terus letak phone. Pergi toilet sambung memerut. Haram tak mau keluo dah sebab fikiran terganggu dengan call kawan teman tu.

p/s : HAMPEH punya B. potong stim betoi

2 comments:

Sang Sapurba said...

Nak cakap mcm mana yer slps nie...
"Akak, adik nak tengok cerita hindustan, Datuk Shah Rukh Khan berlakon"

Rasanya elok le blog nie dipostkan ke India, biar geng2 writer blog ni dpt anugerah datuk drp Kerajaan India.

P/S : Ader ke gelaran tu kat India yer...Hihihi...

peihong said...

apa barang datuk dari india.... hehehehe kurang kurang mau SIR dari queen of england

Sir Peihong.... hmmm sedap betoi bunyinya

Post a Comment