dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

15 December 2008

Camry vs Merc

Bile deme beli Merc; deme kata reganya murah (walaupun mahei)

Bila kita beli; deme kata kita membazir

Bila deme gaduh pasai Merc ; kita diam je

Bila kita tak gaduh gaduh pasai Camry; deme pulak cari gaduh

Bila deme beli Merc; Perdana masuk bengkel BPR

Bila kita beli Camry; Perdana masuk iklan lelong

Lepas deme beli Merc; deme bising sebab royalti minyak tak dapat lagi (sebab akaun kerajaan susut)

Lepas kita beli Camry; Exco kena kerja kuat lagi

p/s : Ingat nak angkat la Camry ni. Dah tak lalu naik Honda Accord untuk ke market beli barang basah. Hahahahahaahahahahahaah

No comments:

Post a Comment