dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

19 December 2008

Cayalah

.....oooo orang kita khatulistiwa
di mana jua nusantara
bersatu kita teguh
bercerai kita roboh.....

Ini antara lirik lagu Blues Gang yang yang mempunyai nilai patriotiknya yang tersendiri.

Sedar tak sedar dah rupenya dah 30 tahun umur Blues Gang ni.

Masih teringat lagi performance terakhir yang teman tengok iaitu di Ipoh Blues. Malahan teman turut buat rakaman mini konsert tu disamping rakaman audio menggunakan MD.

Mini DV dan MD tu masih tersimpan rapi dalam laci teman.

La ni deme nak buat album baru. Dengo nya nak buat recording kat Australia. Fuh.... teman tunggu album kome yang naru ni weh.....

p/s : 31 Disember 2008 Blues Gang akan perform kat The Duke, Duta Vista sempena menyambut kedatangan tahun 2009. Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? zzzzzzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment