dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 December 2008

Cium

"Ciuman itu mengurangkan tekanan di dalam mulut dan menyebabkan gegendang telinga terkeluar dan kemudian pecah, walaupun ciuman biasanya selamat...."
Teman ingat nak buat kursus cium mulut. Antara syllabus ialah; teknik cium mulut yang berkesan, teknik yang buat pasangan anda menyampah, sebelum dan selepas cium mulut, pewangi mulut yang baguih, listerine; kena guna atau tidak dan yang dinanti nanti ialah kelas praktikal cium mulut bersama model yang terpilih

p/s : Siapa nak jadi model boleh bagi nama. Antara model yang dah berdaftar ialah, lembu Pak Maun, kambing Haji Semali dan kerbau mak long Gayah. HAHAHAHAHA

sumber

No comments:

Post a Comment