dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

21 December 2008

Diskaun

Masa teman belajo dulu...
Kita akan cuba menggalakkan orang berbelanja lebih...
Dengan memberikan diskaun bila mereka belanja dengan...
Sesetengah jumlah yang bleh dikatakan tinggi...
Oleh yang demikian...
Orang yang berbelanja kurang takkan dapat diskaun...
Tetapi itu adalah stategi dalam pemasaran dan jualan...

Sekarang nih pulak...
Orang yang dulu belanja lebih buat rumah...
Disebabkan kecuaian dan kebangangan manusia...
Yang tukang buat, tukang jual dan juga yang beli...
Orang tu dapat diskaun untuk buat rumah baru...

Orang yang tak bernasib baik...
Beli umah murah sebab itu jer yang deme mampu...
Cuma dapat RM33.00 dan 4 biji gula-gula...

Cam g*mp*ng......

No comments:

Post a Comment