dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 December 2008

hari hujan

Petang tu hujan agak lebat. Niat di hati nak pergi cucuk duit sikit kat ATM. Tapi memandangkan kereta aku ada orang pinjam maka terpaksalah aku meminta bantuan dari sepupu aku yg tinggal bersama aku menghantar aku ke ATM yg berdekatan.
Jarak rumah aku dari ATM tak ada la jauh sangat. Dekat sahaja. Bawak kereta reverse pun boleh sampai. Tapi kalau naik kereta lepas cucuk duit boleh la pergi kedai beli makanan sikit. Kan tengah hujan ni. Mesti la lapar. Kebiasaan bagi benda hidup: semakin lebat hujan semakin tinggi rasa lapar.
Oleh itu aku dapat simpulkan di sini bahawa hubungan antara hujan dan tahap lapar seseorang adalah berkadar terus antara satu sama lain.
Sampai sahaja depan mesin ATM sepupu aku parking tepi jalan. Aku buka pintu. Keluar kereta. Tutup pintu. Terus lompat kijang ke arah tangga bank. Ini lagi satu keunikan bila tiba hari hujan. Orang suka lompat kijang sebab nak elak lopak air. Seronok pulak aku tengok orang lompat kijang dalam hujan. Kalau bawak payung sambil lompat kijang lagi stylo. Makin lebat hujan makin galak orang melompat kijang.
Oleh itu aku dapat simpulkan di sini bahawa hubungan antara hujan dan jumlah atlet lompat kijang adalah berkadar terus antara satu sama lain.
Lepas lompat kijang dalam seround dua aku pun jalan dalam empat lima tapak dan terus terpacak depan mesin ATM. Tekan punat sikit-sikit mesin ATM pun memuntahkan sekeping duit RM50. Ek eleh... RM50. Sengkek betul la...
Lepas tu aku pun pusing ke arah kereta pulak. Turun tangga. Lompat kijang sekali lagi ke arah kereta. Buka pintu kereta. Masuk kereta. Tutup pintu. Habis basah kepala aku. Hujan la katakan. Sambil tunduk kesat-kesat air kat rambut aku pun suruh sepupu aku jalan.
"wokey... settle. apa lagi. jalan la..."

"jalan kepala hotak awakkkk...!!!"

Kenapa ni. Tak pasal-pasal nak hangin pastu herdik-herdik aku pulak. Wah... Suara pun dah lain. Aku pun cuba alihkan pandangan aku ke arah dia dengan mata yg menyorot ganas.
Aik... aku pelik la. Kenapa sepupu aku yg lelaki dah bertukar jadi perempuan ni. Cantik pulak tu...
Lepas ni aku nak usulkan undang-undang baru kat parlimen, kereta yg mempunyai model dan warna yg sama dilarang sama sekali parking sebelah menyebelah ataupun berhampiran antara satu sama lain pada waktu hujan turun.

2 comments:

dugong_darat said...

dah gelak guling-2 dah teman nih...

peihong said...

hehehehehe

Post a Comment