dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

23 December 2008

hudud

cerita hudud muncul kembali. memang isu ni akan timbul bila melibatkan pilihanraya di negeri pantai timur. tambahan pulak 17 januari nanti ada pilihanraya kecil kuala terengganu.

hudud dan pas

yang terbaru adalah cerita husam. flip flop. aduhai husam oiiii. mike ni ape he? ngapa masa forum cakap akan buat. abih je forum, keluar statement akan bincang dengan pkr dan dap. mike kena kaji diri. mike kena kuatkan jati diri. kalo ini yang pas nak juangkan jangan berganjak. tambahan pulak hal ugama. bukan boleh buat main. Kalo jati diri kuat gerenti kome tak peduli dengan apa kata manifesto pakatan rakyat. paling tinggi pun pakatan rakyat halau kome je. jangan difikirkan pangkat jika perjuangan kita berlandaskan islam. teman lebih suka pas ni bergerak sendiri dari terpaksa keluar statement yang menunjukkan kome diperkotak katik kan.

hudud dan parti bangsa lain dan ugama lain

hubungkait dengan yang atas jugak. kome dalam pas tu kena la kuatkan sikit penerangan tentang hudud ni. kalo kome kuat bagi penerangan gerenti pemahaman parti lain akan berubah. hudud ni bukannya untuk orang islam je. ianya meliputi semua bangsa dan kaum. teman ingat jika kome boleh penetrate parti lain gerenti deme akan terima hukum hudud ni. bayangkan bila terlaksana, siapa mencuri akan dipotong tangan. masa jatuh hukum tu buat siaran langsung. gerenti bakal bakal pencuri akan cuak nak mencuri. jadi kena la kuatkan penerangan berkenaan hudud ni. cuba pakat pakat dengan lim guan eng. ya la katanya dia mencontohi khalifah umar. jadi dia mesti dah bersedia untuk terima hudud.

hudud dan umno

yang ni satu pandangan teman. semua tahu pas memperjuangkan dasar negara islam. antara dasar negara islam semestinya hudud akan dilaksanakan. apa kata tiba tiba umno menjalankan hukum hudud di Malaysia. mustahil? takde yang mustahil dalam dunia ni. tak de siapa dapat tahan kalo kesedaran dah sampai. ada ke pas akan bergabung dengan umno? perghhh susah nak jawap

p/s : teman bersetuju dengan hukum hudud. bukan pasai teman ni baik tetapi ini hukum yang termaktub dalam al quran. mana boleh ditolak mahu pun sehuruf.

No comments:

Post a Comment