dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 December 2008

Import Lagi

"Cili merah diimport untuk stabilkan harga di pasaran."

Perghhhh nak gelak bila teman baca line kat atas tu. Bukan apa sebab pertama ejaan diimport tu disalah eja di artikel asal. Untuk post ni teman dah betoikan. Yang keduanya perkataan stabilkan harga.

Apa maksud stabilkan harga? Harga yang tinggi perlu distabil rendah kan atau harga yang tidak menentu perlu distabilkan ke satu harga lantai (harga lantai lagi?).

Apa pun urusan stabil menstabilkan ini behubungkait rapat dengan stok cili merah di Malaysia
Terlalu kurang stok cili merah sehingga terpaksa import 20 tan metrik dari China. Bayangkan Malaysia terpaksa catu sambal belacan iaitu satu sudu untuk seorang.

Kata Ketua Pengarah FAMA cerita import ni berlaku apabila musim perayaan. Bukan hanya cili merah tetapi komoditi yang lain jugak.

Hmmmm Tiap kali musim perayaan import 20 tan? Malaysia ada berapa kali musim perayaan? Raya puasa, gong xi fa cai, deepavali, krismas, wesak, gawai, dan banyak lagi. Kira pukui rata setahun je kita akan import 100 tan cili merah.

1 tan = 1,000 kg
100 tan = 100,000kg

Agakan teman yang tak pernah beli sampai sekilo dan dah lama tak pergi market

1 kilo = rm10
100,000 kg = rm1,000,000

Ini baru cerita cili merah. Macam mana pulak dengan cili hijau? cili padi? Baru bab cili belum bab komiditi lain yang turut diimport?

Ngapa la kome tak bagi je pinjaman pada graduan, penganggur, bekas penagih dadah dan macam macam lagi orang yang tak de keje untuk buat tanaman cili merah ni? Tak tak payah nak import. Bila tak de import maka duit tidak mengalir keluar. Bila duit tak mengalir keluar ekonomi negara akan kukuh. Bila ekonomi kukuh boleh le kita melancong ke luar..... hahahahahahahaah

sumber dari sini

Untuk cover 100tan cili merah teman nak loan RM2M untuk diusahakan secara besar besaran. Anas..... can do ka with RM2M? or we need more? or less?

p/s : saje je bagi Anas pegang calculator pepagi raya ni.......

1 comment:

dugong_darat said...

hehehehe....
sajer jer kasi kaco jiwa lagi...
well that 2m only cover 20% of overall market need..
base on my 2 cent knowledge and research...
tapi nih untuk cili fertigasi at open space...
kalau nak hasil lagi mantap...
modal lagi baik...
tapi hasil pun baik...

Post a Comment