dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

18 December 2008

Jururawat

Di suatu pagi di sebuah hospital kerajaan di negeri Perak, suatu majlis Taklimat untuk Jururawat Baru sedang berlangsung...

Ketua Jururawat: Ada lagi jururawat baru dari bukan UMNO..?
Siapa yang ahli parti dalam Pakatan Rakyat, ada?


Semua senyap!

Ketua Jururawat: Angkat tangan jururawat baru yang ahli atau penyokong UMNO..!

Semua jururawat baru, perlahan-lahan, mengangkat tangan.

Ketua Jururawat: Bagus! Saya tidak mahu tengok, ada lagi jururawat yang makan gaji dengan kerajaan, lepas itu PRU pangkah parti pembangkang. Faham semua?

Semua mengangguk.

Ketua Jururawat: Baiklah, kita hanya boleh control staf kita. Tapi kita tidak boleh control pesakit.

Sebahagian pesakit bagus. Sebahagian lagi menyampah saya tengok mereka. Tapi penyokong parti Pembangkang, muka tak malu, bila sakit dapat rawatan hospital kerajaan.

Semua saling berpandangan di antara satu sama lain.

Ketua Jururawat: Ambil kertas ini seorang sehelai. Dalamnya ada 10 soalan macam mana kita nak tanya dan kita boleh tahu seseorang pesakit itu, orang UMNO atau penyokong Pembangkang.

Kertas diedarkan, dan diambil jururawat baru, seorang sehelai.

Ketua Jururawat: Setelah kita kenal pasti kecondongan parti politik pesakit, barulah kita boleh control.

Begini cara kita boleh control ya.

Pertama: bila pesakit bukan orang UMNO, mereka penyokong Pembangkang, bila dia sakit, dia panggil kamu, kamu lambat-lambatkan mendatangi dia.

Kedua: Bila mereka minta apa-apa, kamu buat layan tak layan sahaja.

Ketiga: Injeksyen untuk orang UMNO, lakukan seperti yang telah kamu belajar. TETAPI, bila penyokong Pembangkang, kamu tak usah injeksyen ubat, kamu injeksyen guna air paip sahaja ya.

Faham semua?

Jururawat Baru: Tidak faham Puan Ketua Jururawat.

Ketua Jururawat: Apa yang kamu tidak faham?

Jururawat Baru: Di dinding sana, gambar Menteri Besarnya, dari parti Pembangkang. Negeri kita ini, setelah PRU 12, kerajaannya ialah Pakatan Rakyat. Jadi macam mana perihal control yang Puan terangkan tadi?

Ketua Jururawat: (Kemalu-maluan) Eh! Iya ker? Ooo ini arah panduan tahun 2007, rupanya. Kalau begitu tukar ya. Injeksyen untuk orang UMNO, bubuh air paip sahaja...

Sekadar lawak sendal otak, tidak kene mengene dengan yang idup atau pun sudah mati

No comments:

Post a Comment