dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

27 December 2008

Kepentingan

"Hishammuddin berkata proses itu menuntut pengorbanan mereka yang betul-betul ikhlas, jujur dan komited serta sanggup berkorban untuk parti melebihi kepentingan peribadi."


Teman gelak sampai terbelahak membaca statement datuk nih... bukan aper... teman bandingkan dasar Kaptain Zahar nih dulu di gantung... sebab beliau mendedahkan mendedahkan salah laku Presiden dan Timbalannya...??? atau atas sebab beliau nih seolah-olah mencabar pentadbir Parti dengan melaporkan kepada BPR tentang salah laku Presiden dan Timbalan... dan atas sebab kekebalan Presiden dan Timbalan mereka tak perlu disiasat dan Kapt (B) ini di gantung keahlian...

Datuk... Kapt (B) Zahar nih berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan... dia amat faham tentang isu ketenteraan nih... tindakan yang beliau lakukan adalah demi kepentingan bakal-bakal pejuang negara... yang bakal memperjuangkan negara jika berlaku bencana, perang dan menjaga keselamatan negara...

Teguran beliau jika diambil berat akan sekali-gus mencerminkan betapa parti tersebut serius dalam mentadbir negara... seterusnya bakal menaikkan imej parti yang kian tercalor akibat kekalahan di 4 negeri...

Kita bukan lagi duk kat zaman kuku besi... 'ko tak suka aku, aku buang ko'... tak suka buang, yang jenih li*k a*s di angkat naik... nih dah macam zaman jahiliah dah balik...

Kapt. (B) Datuk Zahar Hashim telah mempertaruhkan jawatan dan pangkat demi kepentingan parti yang beliau sayangi nih dulu... cuba memberitahu kepada semua warga parti, apa yang beliau rasa tak betui berdasarkan pengalaman beliau yang aaaaaaaaaaaaamat luas tu... beliau digantung... sekrang nih, tindakan siapa yang mementingkan diri sendiri... Presiden dan timbalan atau Kapt (B)..................?????

No comments:

Post a Comment