dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

22 December 2008

Kes Nurin

Al-Fatihah.....

Dah lebih setahun kes ni duduk dalam kabinet kes tidak selesai. Macam macam PDRM buat sampai mintak tolong FBI tapi hasilnya tak kemana. Tiba tiba ari ni ada syarikat swasta nak tolong PDRM. Syarikat tu khabarnya memang menjadi pembekal peralatan sains forensik.

Dengan menggunakan sistem terbaru berteknologi luar negara itu ianya mampu menjelaskan imej cctv yang kabur. Dengan jelasnya imej tersebut, dapatlah PDRM kenal pasti no pendaftaran motorsikal suspek.

Dah setahun lebih..... dah setahun pdrm lebih masih guna equipment lama.

Teman ingat bila cubaan kenal pasti no pendaftaran yang pertama gagal dan lepas mintak tolong fbi pun gagal ada le usaha untuk naik taraf peralatan yang ada. rupanya tak. masih ditakuk lama.

kalo tak de syarikat ni nak membantu sampai sudah la kes nurin tu simpan dalam kabinet kes tidak selesai.

p/s : teman ingat pdrm perlu diswastakan.

4 comments:

dugong_darat said...

patut pun...
ate dah abis duit beli moto baru...
beli uniform baru...
beli kereta baru...

camne nak beli equipment baru...
barua la jawabnyer...

Anonymous said...

daripada cari pembunuh budak baik pi cari bebudak naik basikal.. bebudak naik basikal ni mengganggu ketenteraman awam..

streamyxboy a.k.a 9W2AAA said...

pas ni dijamin kadar saman akan dinaikkan.
alasan nak bagi kesedaran konon. tapi duit dah takde.
pemandu dah tak bawak laju, langgar lampu merah, n potong double line, dah nak cari pasal lak ngan penumpang belakang.

lepas ni tak tau lagi ape salah rakyat yg nak dicari.

pening yop!!!!

dugong_darat said...

cari ustaz najdi...
dia suka naik basikal...
hehehehehe....
jangan marah yer ustaz...

Post a Comment