dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 December 2008

Kucing

Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba untuk mengajar anak kucing tersebut bercakap...

Dari hari ke hari dia mengajar.. tapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkapa walau sepatah haram pun...

Setelah enam tahun berlalu.. terjadilah keajaipan.. kucing tersebut mula berkata2.. "Hey, AWASSSS ... rantai besi itu akan jatuh ke kepalamu."

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku disitu dan tiba-tiba rantai besi itu benar2 jatuh di atas kepalanya...

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata.. "Selama enam tahun engkau berusaha mengajar aku bercakap.. tapi setelah aku bercakap... engkau tidak mahu mendengarpun cakapku... "

No comments:

Post a Comment