dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 December 2008

Lagu

Semalam teman saja saja pulas pulas tuning knob radio. Bukan set radio amatur tapi radio broadcast. Dari satu stesen ke satu stesen. Haram tak de lagu raya.

Apasai bila Aidilfitri je radio kerap main lagu raya?
Mengapa lagu raya tak dimainkan masa Aidiladha?

Padahal persiapannya sama. Bako lemang, semayang raya, pi rumah sedara dan sebagainya.

Lagi satu, ngapa tak bagi duit raya?

p/s : saje buat buat bingung dipagi raya.

No comments:

Post a Comment