dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

23 December 2008

laptop

peringatan : teman nak bagitahu yang teman tak kan politikkan isu ni

Untung la deme ni. dulu time teman belajo tak merasa oooo nak pegang laptop. la ni baru tahun lima dah merasa pakai. dapat free pulak tu. Ini yang teman selalu cakap kalo dah untung batu pun timbul.

Yang menariknya laptop ni adalah sebagai pelopor usaha menjadikan buku teks dalam bentuk e-book. silap silap lukisan pun pakai Paint je. Wah ini sudah baguih. maknanya kurang buku nak dibawak ke sekolah. beg pun ringan. kesian beno teman nengok beg murid murid sekarang ni. sendat dan berat.

cuma ada beberapa perkara yang perlukan perhatian :

1. ragut. laptop paling murah pun RM 1.2k. Lepas ni teman takut peragut akan menumpukan perhatian kat murid murid ni pulak. Bila dah hilang berapa lama pulak dapat replacement? tinggalkan laptop kat sekolah? mana boleh yob. apa bebudak ni nak study kat rumah nanti?

2. video game. yang ni kacau. selain dari buku teks mungkin ada yang cuba cuba install game pulak. kalo main game waktu rehat tak pa la jugak. tapi kalo dah 24 jam main game ape ke he nya? kalo kena gayanya silap silap deme buat LAN Party lagi.

3. troubleshoot. bila laptop bebudak ni ada masalah dalam kelas semestinya cikgu yang ngajo tu kena handle. seingat teman tak semua sekolah ada it dept. jadi dah ready ke cikgu tu dengan ilmu troubleshoot laptop?

4. rosak. bila laptop rosak berapa lama dapat replacement? ye la semuanya dalam laptop tu kan.

5. letrik. yang ni kira basic. dalam kelas ada berapa murid? ada berapa plug point? berapa jauh plug poit ke meja murid murid? berapa banyak ext cable kena ada? atau nak kena buat wiring, setiap meja satu plug point? itu belum masuk part blackout? sejam dua mungkin battery cukup. buatnya blackout 4-5 jam macam mana? sekolah ade ke backup generator?

ini antara benda benda yang teman nampak buat masa ni. teman rasa projek ni ada kebaikannya jika betul gayanya dalam menuju matlamat celik komputer celik it dan wawasan 2020.

p/s : yang bestnya semua ni akan bermula di terengganu.

2 comments:

streamyxboy a.k.a 9W2AAA said...

kalau bukan tender.....
teman akan masuk untuk satu malaysia.
anggaran kasar RM 500bilion. untuk semua sekolah termasuk la sekolah orng asli, pendalaman dan sabah serawak

peihong said...

ini projek intel sudah tapu maaaa

Post a Comment