dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 December 2008

mata yang jatuh

gua punya kawan pakai mata batu
satu hali mata dia jatuh
jenuh gua tolong cari
haram tak jumpa


hari ni mata jatuh lagi
bukan mata mata yang jatuh
tapi mata di b s k l


mata yang jatuh hanya 4 - 7 ikut jenis
tapi masa mata kawan gua jatuh
bagai nak rak gua ngan dia cari
inikan pula 4 - 7 mata


macam dilanda geloda la gayanya 

No comments:

Post a Comment