dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 December 2008

MC

Pekerja sektor swasta banyak amik MC. Itu hasil survey Malaysian Employers Federation (MEF) yang menjalankan kajian keatas 202 syarikat dari pelbagai industri. Kajian mendedahkan bahawa secara purata sebanyak 3.95 cuti sakit bagi setiap pekerja. Sebanyak 19.18 juta cuti sakit telah diambil tahun lepas.

sumber

p/s : teman nak pi amik MC... ops lupa.... teman tak keje

No comments:

Post a Comment