dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 December 2008

Ulasan Meeting

Ahhhh tidak.... mengapa teman yang kena ulas? hik hik hik.....

Apa yang teman nak ulas?
PERINGATAN : Oh ya lif tepi dekat parking tu kalo nak pegi ground kena tekan G tu betoi betoi kalo tak sesat ke lain lain tingkat.

Sebelum tu tengok gambo dulu buat semangat.

Kalo tahu teman kena ulas gerenti teman tulis butirannya dengan bersungguh sungguh. Malangnya cacatan teman penuh dengan lawak jenaka (buat lawak untuk diri sendiri sebagai usaha nak hilangkan ngantuk). Lagi pun dari dulu lagi kalo teman pi event memang teman tak kan buat butiran sebab teman ada wartawan teman sendiri. Teman pulak lebih kepada gambo atau video.

Cerita biasa biasa je maklumlah masih dalam proses penubuhan. Masih dalam pembentukan dasar. Yang paling penting ialah PERLAKSANAAN.

Jawatankuasa Pemandu = bukan satu jawatankuasa berkenaan pemandu bas, lori, kereta, kapal laut, kapal selam, kapal terbang, motor, basikal, motor roda tiga, basikal gunung, scooter, vespa walau pun AJK nya memiliki lesen kenderaan yang disebut diatas.

Ianya sebuah jawatankuasa halatuju blogger di Perak. Kemana sahaja panduan AJK ini nanti akan menjadi ikutan blogger. Tahniah kepada calon calon yang tercatat namanya dalam list yang akan dilantik menjadi AJK nanti.

Blogger bukan wartawan walaupun ada wartawan menjadi blogger tetapi blogger adalah penganalisa berita. Blogger dapat berita dan buat analisis untuk follower atau untuk makluman pihak atasan balik.

Istilah baru muncul iaitu "nama langit" sebagai ganti nama samaran dalam dunia cyber. Fuh indahnya bahasa.

Insya Allah jika pembentukan telah selesai maka akan bermesyuaratlah (apa punya imbuhan bahasa daaaa) Jawatankuasa Pemandu setiap 2 minggu sekali.

Teman hanya pemerhati sahaja dalam meeting tu walaupun teman bercakap masa sesi perkenalan diri tetapi kebanyakan masa teman hanya mendengar. Sesekali tolong susun cawan dan pinggan yang bersepah.

Teman hanya menunggu dan melihat sahaja selepas ini kerana dengan wujudnya blogger yang menjadi lidah kerajaan negeri tak bermakna YB terpilih boleh melepaskan tangan mereka. Kena turun padang juga yob/yong. Kome tak turun keme serang kome pulak.... Ini janji blogger yang berangan nak jadi blogger tegar tapi bukan ketegaq.

p/s : satu hari nanti teman nak pi press conference yang diadakan selepas meeting exco.

1 comment:

dugong_darat said...

bukan aper bro...
teman pun ader tulih2 gak...
tapi lebih kurang samer jer...
banyak lawak jenaka dr serius...
pehtu teman sendiri pulak tak paham aper teman tulih lepaih tu...
hik hik hik...

lagu pun teman nih junior writer lagi...
let the experience do first...
sok sok dah pandey teman wat ulasan lak...
sorry yer bro...
hik hik hik...

Post a Comment