dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

06 December 2008

Mogok

Dengan ini teman pun akan mogok bermula bila bila masa sekiranya Kerajaan Malaysia asyik menumpukan kepada penurunan harga petrol dan diesel tanpa mengira harga NGV.

Mogok Fasa Pertama
Teman akan mogok dengan cara tidak pergi kerja kerana untuk pergi kerja teman kena memandu kereta. Kereta pulak guna NGV.

Mogok Fasa Kedua
Teman akan mogok untuk pergi membeli barangan kat kedai atau supermarket sebab untuk ke sana teman perlu memandu kereta juga. Diulang kereta guna NGV.

Mogok Fasa Ketiga
.....

Allah hu Akbar Allah hu Akbar.....

Fuh nasib baik azan maghrib mengejutkan teman dari mimpi mogok ni.

p/s : jangan tido waktu maghrib

No comments:

Post a Comment