dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

24 December 2008

Nyanyian Boboi

Ada budak kecil, BOBOI namanya, umurnya 4 tahun. Budak ini memang suka kencing, mungkin kerana urat kencing dia bocor agaknya… kemana saja pasti suka kencing, ke shopping complex, ke kedai, ke pasar, selalu je nak kencing, dan kalau dia nak kencing, dia selalu menjerit kepada ibunya,

“makkk..boboi nak kencing!!! sekuat-kuatnya“.

Mak boboi sering terasa malu, kerana anaknya si boboi tu suka menjerit jerit di khalayak ramai kalau time dia nak kencing, maka dicarilah akal….

Mak Boboi pun mengajar Boboi..,

“Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap boboi nak nyanyi,ok?“. Boboi pun mengangguk tanda paham.

Pada suatu hari, mak boboi terpaksa kerja outstation, budak boboi ni pun diserahkan kepada nenek nya untuk dijaga. Pada malam hari, ketika nenek boboi sudah hampir terlelap, boboi berteriak kepada neneknya,

”Nenek, boboi nak nyanyi…………”

Neneknya menjawab “Dah malam nih,besok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah kalau boboi bising!”, kata nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah…

“Um..oklah..boboi..boboi nyanyi perlahan-lahan di telinga nenek ya…..“

No comments:

Post a Comment