dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

04 December 2008

Pertahankan

Kerajaan Negeri Perak memberikan pinjaman pelajaran tanpa faedah kepada Anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran bagi sessi 2008/2009

Ini adalah sejajar dengan misi kerajaan negeri yang melaksanakan kebajikan kepada rakyat negeri tanpa mengira ugama dan bangsa.

Dengan ini teman rasa kita yang layak kena mempertahankan kerajaan yang ada. Apa akan jadi dengan FAEDAH pinjaman ini sekiranya pada pilihanraya yang akan datang kerajaan bertukar tangan. Itu belum lagi memikirkan adakah pinjaman untuk Anak Perak bila kerajaan bertukar ke kerajaan dacing.

Jadi bersamalah kita mempertahankannya.

sumber

4 comments:

Budak Unit P said...

Jangan le bagi tukar, elok le yg ader skrg nie

dugong_darat said...

Sokooooooooong...

Sang Sapurba said...

Hamba pun menyokong juga, MB dah boleh jd imam tu ikut sajalah..

dugong_darat said...

alamak...
abg sangsapurba dah bukak blog la pulak...
dulu member komen jer...

Selamat datang ke alam blogger...
write for our rights...

Post a Comment