dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 December 2008

Petronas Bila Lagi?

Musim depan FI kehilangan satu pasukan yang selama ini mewarnai dunia F1. Honda mengumumkan bahawa dengan kejatuhan ekonomi maka terpaksa mereka mengundurkan diri dari duni perlumbaan F1. Ini adalah untuk menjimatkan wang yang digunakan dan disalurkan kepada unit jualan dan pemasaran Honda. JUalan Honda menurun sebanyak 32% pada bulan November di US

Pihak pengurusan Honda memberi tempoh 3 bulan untuk menjual pasukan F1 kepada yang berminat. Jika tiada pembeli maka pasukan Honda akan dibubarkan.

Cerita lebih kat sini dan sinun.

Itu cerita Honda. Teman masih menunggu Petronas mengumumkan pengunduran dari dunia F1. Dari buang juta juta duit baik bagi kat rakyat dalam bentuk bonus atau rebat (rebat lagi?). Takkan nak tunggu turnover negatif baru nak pull out.

p/s : kalo tak nak rugi boleh masuk pelaburan 3% sebulan teman.

No comments:

Post a Comment