dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 December 2008

secangkir cawan

HELLO,

Setelah perbincangan antara pengunjung setia ahli radio amatur di Restoran Ehsan atau dikalangan ahli radio amatur lebih dikenali dengan nama Kelab Anje maka wujudnya blog ini. Pada mulanya saya lebih kepada usaha untuk mengabungkan beberapa blog untuk bernaung dibawah blog ini tetapi setelah berbincang maka blog ini dihasil dengan artikel yang baru tanpa perlu barisan penulis menutup blog sendiri.

Dengan sukarela juga saya menjadi pemilik blog ini dan menjemput mereka sebagai penulis. Uniknya, kesemua penulis terdiri dari pemegang lesen radio amatur atau bakal pemegang lesen radio amatur. 

Walau bagaimanapun blog ini lebih bersifat universal dari segi topik artikel yang akan ditulis. Penulis juga dibenarkan membuat double post atau mirror post ke blog masing masing, tanpa prejudis. Buat pelawat komen anda dialu-alukan dan ianya tidak melalui proses kelulusan saya.

BYE.

-de' owner-

No comments:

Post a Comment