dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

06 December 2008

Skop Kerja

Dulu teman ni boleh la dikatakan orang filem. Orang disebalik tabir. Orang yang konon kononnya merencanakan kisah kehidupan masyarakat ke alam TV atau filem. Itu lah teman.

RTM, TV3, NTV7, Astro, Finas, Filem Negara dan macam macam lagi agensi yang teman dah ngadap. Dalam banyak banyak teman selalu pening dengan FINAS. Nak bodek grant filem pendek; prosedurnya macam nak beli tanah rizab melayu. Rombakan skripnya sampai tahap boleh tuko nama penulis. Itu belum masuk cerita nak dapat duit.

Sekarang ni teman dengo (dari kawan kawan) prosesnya dah jadi mudah. Mungkin Kerajaan dah dapat pegawai yang betul untuk duduk kat kerusi empuk FINAS.

Bila baca sini teman mula konpius sikit. Ikut akal pendek teman ni KPKKW pun handle filem. Filem Negara pun ada kena mengena dalam filem (kalo tak de kena mengena apa kejadahnya deme guna nama Filem Negara sebagai nama agensi). Kementerian Penerangan pun ada handle filem (walaupun klik link filem kat website deme tertulih "There are no Items to display").

Teman ingat PM atau bakal PM kena la tengok tengok kan pasai ni. Bukan apa skop sama akan menyebabkan pendapat dan pandangan bercanggah. Bila dah bercanggah je kejenya; bila masa pulak filem kita nak canggih?

p/s : teringat lightbulb jokes. Takut nanti keluar dalam internet (dah keluar pun melalui post ini) berapa ramaikah yang menjaga hal ehwal filem di Malaysia? 3 agensi dan 5 persatuan serta 2500 orang pekerja filem. 3 agensi bercanggah. 5 persatuan berbalah. 2499 pekerja dok kerja sambil kutuk mengutuk antara satu sama lain dan seorang tulis blog pasai hal ni (kalo teman masuh dikira pekerja filem la). JANGAN MARAH AAAA nanti kena JUAL.....

No comments:

Post a Comment