dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 December 2008

Sound Trouble

Sepasang suami isteri yg hidup saling sayang menyayangi antara satu sama lain.Setelah 20tahun berumahtangga si suami merasakan ada yg tak kena pd isterinya.Apa yg dikatakan oleh si suami perlu diulang berkali2 barulah si isteri menjawab.“Isteri aku ni dah mula pekak kot” kata suaminya di dalam hati.

Dalam diam2, si suami berjumpa doktor untuk menceritakan masalah yg dihadapinya. ..

Suami : tuan doktor,saya rasa isteri saya dah mula pekak laa

Doktor : kalau begitu, bawalah dia ke sini untuk diperiksa

Suami : tp doktor, saya takut menyinggung perasaannya kalau saya kata dia pekak

Doktor : Encik buat ujian ini di rumah dulu... cuba berdiri lebih kurang 5 meter dari dia & bercakap ketika dia membelakangkan encik. Supaya dia tak dpt membaca pergerakan mulut encik. Kalau tiada jawapan dr isteri, bgtau yg dia ada masalah pendengaran. Lepas tu bawa dtg ke sini...

Dengan semangat berkobar2, si suami pun balik untuk menge’test’ isterinya yg tercinta...
Setibanya di rumah, si isteri sedang asyik memasak...

Setelah berdiri lebih kurang 5 meter di belakang isteri, si suami pun bertanya manja “yang yang, masak apa hari ni yang?”.... senyap.. tiada jawapan...

si suami merapatkan 1 meter kehadapan dan bertanya lagi “yang yang, masak apa hari ni yang?” masih senyap... tiada jawapan....

si suami kehadapan lagi 1m dan bertanya “yang yang, masak apa hari ni yang?”.... pun tiada jawapan...

si suami mula risau isterinya betul2 dah pekak....
ditanyanya lagi setelah menganjak 1m kehadapan “yang yang, masak apa hari ni yang?”......

Begitu lah seterusnya sehinggalah si suami berada betul-betul 1m di belakang isterinya... .
dia bertanya lagi “yang yang, masak apa hari ni yang?”..... masih tiada reaksi dari si isteri....

Si suami dengan lembut menyapa bahu isterinya dari belakang dan bertanya dgn nada memujuk “yang yang, dari tadi abg tanya masakan ayg.... ayg tak dgr ker?” .......
si isteri berpusing mengadap si suami dan menjawab lembut “ abg, dah 5 kali saya jawab saya masak mee goreng kesukaan abg”...

No comments:

Post a Comment