dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 December 2008

Takut mau test market ka???

KUCHING 4 Dis. – Kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tahun depan sekali gus menafikan ramalan pembangkang bahawa pilihan raya negeri ke-10 diadakan lebih awal.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, masih terlalu awal untuk mengadakan pilihan raya memandangkan ia baru sahaja diadakan pada Mei 2006.

Malah menurutnya, tiada kerajaan yang berpendapat bahawa ketika dunia mengalami kegawatan ekonomi adalah masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya.

“Adakah anda (wartawan) rasa pilihan raya negeri diadakan awal seperti yang dijangkakan?'' katanya di sini semalam.



Lerr aper hal....
Takut nak test market ker???
Yang tu dulu...
Masa kome dah tgh kuat...
Sekarang camne lak...
Adakah sebab takut kalah...
Ataupun tak abis lagi menoreh...

'Hari minggu makan pengat, sendiri mu ingat'

No comments:

Post a Comment