dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

23 December 2008

Tanam bila murah

Rational daripada aper yang dikatakan... daripada pengalaman teman yang tak berapa nak ada nih...memang ini adalah masa yang terbaik untuk replanting, reopening, restucturing dan macam-2 lagi 're' untuk tanaman komoditi... bukan setakat getah malah kelapa sawit... getah makan masa sekurang 5 tahun untuk keluarkan hasil (sesetengah breed tak sampai 3 tahun pun)...sama dengan kelapa sawit... pada peringkat awal penanaman... kos baja dan anak benih lah yang paling memeningkan kepala...

Kalau ikut ramalan dari sektor perladangan, harga komoditi ini akan melonjak naik dalam tempoh 5 tahun lagi kerana masa tersebut, kegawatan ekonomi dunia sekarang dijangka akan pulih sepenuhnye...sektor industri akan melonjak naik dan teknologi biofuel akan mula digunapakai secara meluas...permintaan terhadap getah asli dan kepala sawit akan meningkat dengan mendadak... sejarah telah membuktikan apabila harga getah mulai naik pada tahun 2003 (lima tahun selepas gawat) dan memuncak 3 tahun kemudian...

Penanaman semula akan merendahkan pengeluaran getah dan kepala sawit... bila produk kurang, kita bleh main harga. kita mampu untuk demand harga dengan pengilang...ini bleh membantu menjana kembali ekonomi penanam getah dan sawit negara...

Oleh yang demikian, sesiapa yang nak buat tanaman semula getah atau kelapa sawit.... bleh la tepon teman... bleh teman tolon carikan anak benih yang baik dengan harga yang menawan... ceewah...hehehehe....

No comments:

Post a Comment