dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 December 2008

Tangan Kiri Tidak Tahu

Teman perati banyak yang buat upacara korban sempena raya haji ni. Surau, masjid dan juga gabungan ahli keluarga. Baguih la tu tapi kena la ingat hukun korban ni. 3 bahagian daging yang dah ada pemiliknya.

Teman tak nak ulas yang tu lebih lanjut.

Yang teman nak ulas adalah tentang menjadikan upacara korban ni as political milage. Teman rasa tak perlulah kita gembar gemburkan siapa yang membuat korban tambah tambah lagi jika ianya parti politik. Takut niat kome terpesong. Nak tunjuk parti kita ada buat korban. maklumla parti bukan seorang ahlinya. Jika ada seorang yang terpesong niatnya maka habihlah pahala korban tu.

Sebagai peringatan lihat sini dan sinun.

Maaf la YB jika tersentuh
Teman ni hanya memperingatkan

HUKUM SEDEKAH : Tangan kanan memberi; tangan kira tidak tahu.

No comments:

Post a Comment