dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 December 2008

Turun 1

Kebelakangan ni banyak sangat benda yang turun. Berlawanan pulak kepada yang baru kahwin... asyik naik je.

Untuk julung julung kalinya teman mempersembahkan drama bersiri dengan tajuk TURUN.

Menteri sekupang pun cakap turun. Komoditi rega mintak dunia turun maka kena la turun kan rega ye tak Datuk. Yang teman heran Datuk jugak cakap penurunan ini akan turut merangsang lagi ekonomi negara. Maaf le Datuk teman sokolah tak tinggi. Maklumlah sekolah teman tu satu tingkat je. Merangsang apa ke bendanya Datuk. Kalo minyak turun sekupang seliter pun tapi beras RM35 10 kg apa yang dirangsang? Merangsang rasa marah rakyat ada la kot.

Teman tahu la yang ada kempen turun rega barang tapi shopping complex kat pekan dan bando je.... Kat kampung mana ada? kat tanah rancangan FELDA mana ada? Kena la peratikan sikit keme kat kampung dan FELDA ni keme pun ngundi jugak. Keme pun bayo cukai jugak.

No comments:

Post a Comment