dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 December 2008

Turun 2

Turun yang ni sangat amat femes. Maklum la turunnya penghuni Bukit Antarabangsa ke bawah bukit (tapi naik hotel pulak). Kalo pasai turunnya Bukit Antarabangsa teman akan kaitkan dengan turunnya bala tuhan.

Mana tak balanya. Hutan sikit punya hijau dan cantik memberikan keseimbangan antara oksigen dan karbon dioksida kena tebang. Tempat tadahan hujan jadi tempat pembinaan dan penempatan. Kena la ingat kawasan tadahan hujan tu ayo nye pergi mana? tak ke kerumah keme dan keme pakai untuk wuduk. Kema pakai untuk minum. Bila dah wuduk ngan ayo kurang suci khusyuk ke sembahyang? bila minum ayo kotor? sihat ke badan?

No comments:

Post a Comment