dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 December 2008

Turun 6

Yang ni teman guna konsep naik sebelum turun (jangan pikir yang bukan bukan).

Muzium Negara akan menganjurkan pameran Senjata Tradisional, Misteri dan Kesaktian pada 16 Disember 2008 hingga 20 April 2009. Maka satu demonstrasi "keris berdiri" (teman kata keris naik) dan "keris bergerak". Yang tak best sikit Muzium Negara akan menjemput 2 orang pakar dari Indonesia untuk melakukan demonstrasi ini.

Selain demonstrasi 'keris berdiri' dan 'keris bergerak', terdapat juga demonstrasi ukiran berasaskan ais, perasapan, menempa keris, cuci keris, perubatan mengunakan senjata dan demonstrasi hulu serta sarung keris. (jangan dok pikiaq ke lain no - teman dah gelak guling guling ni)

Teringat teman kes naikkan keris sehingga menimbulkan rasa tak puas hati bagi kaum kaum lain di Malaysia. Kita tengok berapa lama keris ni naik sebelum kena turun.

1 comment:

dugong_darat said...

Keris Terpacak...???
Aper hal lak pangge 2 orang pakar dari Indo tu lak...
Kat malaysia pun ramai pakar...
dalam memacakkan keris2 nih...
Tapi kene pangge abg LIS kita tuk kira-2kan...
Keh keh keh....

Post a Comment