dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

17 December 2008

ubat jiwa 1

Natasha tertidur seketika ketika berada didalam kereta yang dipandu oleh kekasihnya lalu bermimpi .

Dia bermimpi yang mereka berdua sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang Anak. Mereka hidup aman bahagia sehinggalah Natasha mengetahui yg suaminya itu bermain kayu 3 dan mempunyai perempuan simpanan. Bereka bertengkar...

Natasha : Ooo dulu bukan main janji Sehidup semati.
Suami dia: Ala, jgn la marah Dah. Tiba2 Natasha Mengigau lalu menjerit "HANTAR SAYA BALIK RUMAH MAK BAPAK SAYA!!!!"

Dengan selamba, kekasihnya yg masih memandu tadi berkata
"Ye la, kan tiap2 hari saya fetch awak balik opis, nak hantar kemana lagi kalau bukan rumah mak bapak awak?"

No comments:

Post a Comment