dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

17 December 2008

ubat jiwa 5

Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer", anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari.

Ini adalah contoh daripada seorang hamba Allah yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari..................

Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami: Bad command or filename.

Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami: Errorneous syntax. Abort?

Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami: Variable not found...

Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami: Sharing Violation. Access denied...

Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami: Too many parameters...

Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami: Data type mismatch.

Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami: It's by Default.

Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?
Suami: File in use ... Try later.

Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?
Suami: Unknown Virus.

No comments:

Post a Comment