dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 December 2008

Sound Trouble

Sepasang suami isteri yg hidup saling sayang menyayangi antara satu sama lain.Setelah 20tahun berumahtangga si suami merasakan ada yg tak kena pd isterinya.Apa yg dikatakan oleh si suami perlu diulang berkali2 barulah si isteri menjawab.“Isteri aku ni dah mula pekak kot” kata suaminya di dalam hati.

Dalam diam2, si suami berjumpa doktor untuk menceritakan masalah yg dihadapinya. ..

Suami : tuan doktor,saya rasa isteri saya dah mula pekak laa

Doktor : kalau begitu, bawalah dia ke sini untuk diperiksa

Suami : tp doktor, saya takut menyinggung perasaannya kalau saya kata dia pekak

Doktor : Encik buat ujian ini di rumah dulu... cuba berdiri lebih kurang 5 meter dari dia & bercakap ketika dia membelakangkan encik. Supaya dia tak dpt membaca pergerakan mulut encik. Kalau tiada jawapan dr isteri, bgtau yg dia ada masalah pendengaran. Lepas tu bawa dtg ke sini...

Dengan semangat berkobar2, si suami pun balik untuk menge’test’ isterinya yg tercinta...
Setibanya di rumah, si isteri sedang asyik memasak...

Setelah berdiri lebih kurang 5 meter di belakang isteri, si suami pun bertanya manja “yang yang, masak apa hari ni yang?”.... senyap.. tiada jawapan...

si suami merapatkan 1 meter kehadapan dan bertanya lagi “yang yang, masak apa hari ni yang?” masih senyap... tiada jawapan....

si suami kehadapan lagi 1m dan bertanya “yang yang, masak apa hari ni yang?”.... pun tiada jawapan...

si suami mula risau isterinya betul2 dah pekak....
ditanyanya lagi setelah menganjak 1m kehadapan “yang yang, masak apa hari ni yang?”......

Begitu lah seterusnya sehinggalah si suami berada betul-betul 1m di belakang isterinya... .
dia bertanya lagi “yang yang, masak apa hari ni yang?”..... masih tiada reaksi dari si isteri....

Si suami dengan lembut menyapa bahu isterinya dari belakang dan bertanya dgn nada memujuk “yang yang, dari tadi abg tanya masakan ayg.... ayg tak dgr ker?” .......
si isteri berpusing mengadap si suami dan menjawab lembut “ abg, dah 5 kali saya jawab saya masak mee goreng kesukaan abg”...

bahasa

lagi mau kecoh pasai bahasa
bahasa pada signboard
lu olang ingat kalo bising
ekonomi boleh ok

lu olang bising pasai bahasa
lu olang mesti tau itu pelibahasa
ketam ajar anak jalan lurus

u m n o  apa bahasa
k l c c  apa bahasa
k l i a  apa bahasa
p r e c i n t  apa bahasa
b o u l e v a r d  apa bahasa
p i c c  apa bahasa
k l i c c  apa bahasa

kalo gua kasi ini list gelenti
blog admin malah gua
pasai gua munya post
manyak panjang.

gua BELENTI

dah lama rupernyer...

Ruper-rupernyer...
Sejak tahun 1988 lagi...
Isu nih telah diwar-warkan...
Tapi sebab tamak haloba...
Rakyat menjadi mangsa...

Wo pu cher taw lor...

'Hari minggu makan pengat, sendiri mau ingat'

kampung

hali raya gua pegi kampung
bila lagi mau makan lemang sama lendang

gua pergi satu lumah
tuan rumah nama pak mail
pak mail kasi gua makan
gua happy

lepas makan pak mail panggil gua
ajak gua tengok fertigasi belakang lumah
manyak pokok looo
gua manyak suka hati

pak mail bagi tau
ada olang mali ajar
kasi baja sama benih
kasi mesin mau pam itu ubat

gua kasi pak mail CONGRAT

kemudian gua pegi lumah lain
lalam keleta gua nampak tanah
manyak hutan
hati dalam kata manyak lugi tanah talak kasi jaga

sampai lumah pak akob
gua tanya sama lia
sapa punya tanah

kelapa jatuh talak angkat
pisang busuk atas pokok
lambutan banyak talak angkat
lumput naik jadi hutan

pak akob kasitau itu tanah pak mail punya

manyak LUGI

Pembentukan...

Waulahualam...

Tak tau la nak cakap camne...
Tapi this news quite disturbing...
Satu kapal patut bersatu...
Hilangkan segala sangsi asmara tu...
Supaya dapat melayar bahtera mengejar...
PUTRAJAYA.......

Teman harap semua akan dan dah selesai...
Amin ya rabbal alamin...

"Hari nih makan daging masak kicap..."

Kisah 3 ekor kekura...

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan Kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut.

Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka…

Kekura I : ermmm….. salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III

Kekura III : Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Nanti sure nkorang bedal makanan ni semua.

Kekura II : Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang.

Kekura III : Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : Kalau 3 jam ??

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : Kalau 1 hari ??

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : 5 hari????

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : 1 minggu?

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : 2 minggu?

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu!!!!!!! nko pegi jek lah!!!!!!!!

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu, Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar…

Kekura I : Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah

Kekura II : Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih makanan ni

Tiba-tiba Kekura III muncul dari blakang semak…

Kekura III : Hoii !!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi… kalau tak sure nkorang abiskan makanan ni kan kan??

p/s betui2 kekura la deme nih...

Kene tembak...

Biasa nyer kalau kita kene tembak ng pistol...
Kalau tak meninggal dunia gerenti cedera nyer...
Tapi kalau kene tembak ngan pistol nih...
Gerenti MABUK...












































































Kar kar kar...

p/s sekadar hiasan... teman bukan pemabuk...

Is there still any??? (part 4)

Sesungguhnya...........

Kurang sopan perlakuan deme nih...
Amat-2 memalukan...
Dah la tumbuk, wat seksual assaulted lak...
Kalau teman berkuasa...
Dah lama teman bawakkan deme ke sepital...
Untuk x-ray...
Sebab ader selipar croc buatan Adasi dalam perut deme...
'Jangan tanyer camne leh jadi'

Chit......................................

Al-kesah sebuah cheritera dalam bilik derjah

DALAM sebuah kelas Sekolah Kebangsaan di sebuah kampung agak pedalaman, seorang cikgu perempuan sedang memberi maklumat semasa kepada murid-muridnya. Ditangannya terpegang sebuah surat khabar Melayu popular. Bagi penduduk sekitar sekolah itu hanya itulah satu-satu surat khabar yang sampai ke kampungnya.

Akhbar itulah menjadi penyambung mereka dengan dunia luar dan pembekal maklumat terkini yang dulu sangat dipercayai tetapi kini semakin diragui!

Menjadi rutin bulanan cikgu muda ini akan menggunakan akhbar sebagai alat pembelajaran sabagai selingan dan mempelbagaikan bentuk pembelajaran. Kebetulan hari ini berita mengenai kenyataan seorang yang dibabitkan membunuh wanita asing disiarkan di muka depan. Berita yang disiarkan secara meluas itulah dijadikan topik pembelajaran.

"Murid-murid sudah baca akhbar ini?" tanya cikgu itu sambil mengangkat tinggi-tinggi akhbar berkenaan.

"Tidakkk.... ..! jawab murid-murid serentak. Ada yang menggeleng kepala sambil mata merenung ke arah surat khabar yang sedang dibelek-belek cikgu muda itu.

"Di sini.... dalam akhbar ini ada cerita menarik, iaini kenyataan oleh seorang yang baru dibebaskan oleh mahkamah daripada bersubahat membunuh seorang perempuan beranak satu. Kisah ini berlaku nun jauh di ibu kota negara kita. Cikgu ada beberapa perkara dan persoalan yang hendak dikongsikan dengan kamu semua," kata cikgu itu bersedia untuk mengemukakan persoalan. Beliau mahu menguji sejauh mana kepekaan dan kebijaksanaan anak-anak murid tersayangnya itu.

"Pertama, si tertuduh itu menafikan bahawa ada seseorang yang dikaitkan dengan wanita yang dibunuh kejam itu mengenali wanita asing itu. Apakah kamu percaya atau tidak?"

"Tidakkk...! " jawaban murid serentak seolah mereka sudah mengetahui latar belakang berhubung cerita itu. "Kami tidak percaya!" tambah mereka dengan lebih tegas dan jelas lagi.

"Kedua, kata tertuduh yang dibebaskan itu, sejak dibebaskan dia tidak pun berhubung dengan seorang yang turut dikaitan dengan pembunuhan wanita itu, baik menerusi telefon atau SMS, kamu percaya atau tidak?" tanya cikgu itu.

"Tidakkkk... ," jawab semua 30 orang murid itu seakan sebelum habis cikgu itu membaca soalan itu mereka ramai-ramai sudah menjawab.

"Ketiga, kata tertuduh yang bebas itu sesiapa percaya kepada berita mengata orang itu ada kaitan dengan perempuan yang dibunuh itu, adalah bodoh... apa pandangan kamu semua mengenai hal ini?"

"Selalunya orang cerdik menipu orang bodoh dan orang bodoh ditipu orang cerdik, cikgu!" jawab murid-murid itu menyebabkan cikgu itu terpinga-pinga. Kali ini mereka menjawab secara simbolik pula.

"Keempat, kata orang yang dibebaskan itu, wanita yang dibunuh itu tidak ada kena mengena dengan kontrak pembelian kapal selam.... di mana kontrak ini juga ada kena mengena dengan lelaki yang dikaitan dengan wanita yang dibunuh itu.... apa pendapat kamu mengenai hal ini?"

"Cikgu, kata emak saya sesiapa yang berak di tengah jalan dia tidak akan mengaku! Orang itu sudah berak tengah jalan cikgu..!" kata seorang murid berkepala jambul disambut dengan hilai ketawa melucu sampai ada murid yang terkencing. Lucu tetapi betul! Cikgu muda itu juga turut tersipu-sipu dengan telatah muridnya yang seorang ini. Geli dan lucu.

"Ke lima tertuduh yang dilepaskan itu tidak mahu menceritakan bagaimana mula dia mengenali wanita yang dibunuh itu apabila ditanya pemberita. Katanya itu tidak penting. Agak-agak kamu kenapa dia enggan memberi tahu perkara sebenarnya?"

"Dia takut tembelangnya pecah cikgu!" laung satu suara tersudut. "Kalau sudah pecah nanti orang semua tahu apa sebenarnya yang terjadi," balas murid lain pula berketurunan India.

"Baiklah, cikgu nak tanya kamu semua... berdasarkan beberapa persoalan tadi apa yang kamu fikir mengenai laporan ini dan mengenai orang yang dituduh kemudian dibebaskan itu," kata cukgu itu untuk mencari kesimpulan

"Hanya dia saja yang tahu cikgu apa sebenrnya yang berlaku. Hari ini dia boleh berhelah dengan seribu daya dan kebebasan yang baru dinikmatinya itu. Besok di akhirat besok dia akan menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku!" jawab anak muridnya serentak penuh dengan bijaksana dan tegas.

Cikgu muda yang belum kahwin itu (tetapi sudah ada calon) tersenyum sendiri. Dia menyemak segala jawaban dan sikap anak muridnya. Dia puas. Puas kerana walapun usia mereka belum baligh (mereka adalah dari kelas tadika Kemas yang terletak dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar), tetapi sudah dapat membuat penilaian sendiri.

Mereka rupanya tidak mudah percaya apa yang dilaporkan dan apa-apa yang keluar dari mulut seseorang walaupun seseorang itu kaya dan berkedudukan dan kelihatan sangat pintar dan licit. Bagi mereka integriti seseorang itu bukan pada status tetapi kepada akhlak dan kejujurannya.

Sebelum cikgu itu keluar untuk ke bilik guru dia berdoa biarlah kesemua muridnya itu kekal dengan kecerdikan, bersemangat tinggi dan mempunyai pemikiran yang kritis.

p/s Jangan Perbodohkan Lagi Rakyat...Keme dan pandai...

'Hari minggu makan pengat, sendiri mau ingat'

Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang
soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,
Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...

Amin Ya Rabbal Alamin...

Little Yellow

Kecil2 cili api..hehehehehe..teman dpt ini sebijikpun da kira ok..
buleh nangguk ikan dlm laut ataupun lombong..
pergh..layan siot..ekekekekekekekek..
sapa ada brani amu bili ini benda sebijik..????

Good one...

RESUME

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who
dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

How to interview???

Itu saya mau...

Telan ayor lior jer lerr...
Bila ntah bleh dapat...
News here...

Dimana....

'Di mana kan ku cari ganti...
Serupa denganmu...
Tak sanggup ku berpisah...
Dan berhati patah...
Hidup gelisah...'


Lagu dari filem Ibu Mertuaku nyanyian Tan Seri P.Ramlee...
Sedih dan pilu mendengar lagu nih...
Syahdu terasa sehingga ke pembuluh darah...

TAPI...

Ini orang takde rasa sedih wo...
Lagi mau cari baru...
Cil*kak punye orang...

Wei Tambi...
Maner aku nyer trains???

Ade yang lebih pandai...

Pendidikan di Malaysia telah melahirkan ramai cendiakawan...
Sainstis, Pakar-2 dan bermacam lagi...
Deme nih belajo tinggi-2 dan berkhidmat untuk nusa dan bangsa...
Tapi cakap deme nih duk kat celah kangkang kome jer...
Bagi kome, deme nih tak penting tuk periuk nasik kome...
Projek tetap kene dijalankan...

'Pedulik aper aku, bukan dia bagi aku makan'...
Mungkin itu yang ada dalam benak hati kome nih...

Oleh yang demikian...
Kejadian 15 tahun dulu berulang kembali...
Sekarang baru nak pikior...
Baru nak stop sana stop sini...

'Sayang semuanya sudah terlambat....'

'Hari minggu makan pengat, sendiri mau ingat'

nama

itu hali itu det mau kasi nama
bukan nama olang mau lawan di kuala terengganu
bukan nama olang yang jadi ketua pemuda
tapi nama olang yang main wang dalam politik

sampai ini hali
gua tunggu itu nama
bpr pun tunggu itu nama
yang talak salah pun tunggu itu nama

yang salah
meleka sulah selam sejuk dalam selimut
sulah selimut lagi pasang kelambu
hati manyak susah
makan pun talak kenyang
talak mandi sulah basah
basah peluh maaaa

gua TUNGGU

ulangan

dulu bila mb selangor bising pasai itu kuota
ada olang konon bijak pandai lagi bising
siap angkat banner
siap bikin jalanraya jam
siap bayar student bikin demo
siap bikin surat penuh sign kasi sama itu mb

itu celita
dulu itu det pun sulah cakap
tapi talak orang konon bijak pandai bising bising
talak angkat banner
talak bikin jalanraya jam
talak bikin sulat banyak sign

gua tau apa pasai itu olang konon bijak bising bising
pasai itu mb dali p a k a t a n  r a k y a t
itu mb p e m b a n g k a n g

sikalang anak det bising
tak mau bikin banyak banyak sekolah
mesti mau bikin satu sekolah

lagi lamai olang bising oooo
nasib baik belum sampai angkat banner

bila gua buku baca
gua jumpa ini celita sulah ada dalam penyata razak 1956
lagi gua baca
ini celita itu jawatankuasa barnes 1950 sulah bising

sikalang mau tanya
apa pasai mau bising
lu olang bukan satu bot ka
atau olang yang bising ingat itu anak det seolang p e m b a n g k a n g

gua tunggu apa celita lagi

LINK