dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

18 December 2008

Suami yang pening

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bharu melalui Plus Highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak sejak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sampainya mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air “PowerRoot” dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke Johor Bharu. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leteran. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba -tiba si suami memanggilnya semula.

Suami: Nak pergi mana?

Isteri: Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!

Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!

sudah inzal?

Impian teman nak nengok acara bogel bogel ni tidak kesampaian. Ini kerana presiden penajanya iaitu ketua bogel malaya, Ramlan Abu Bakar telah dipecat dari jawatannya.

Abih tu sapa nak ketuai acara bogel ni? Sebab pemecatan?

Gamaknya kena pecat si ramlan ni sebab dia ni belum bukak seluar sudah inzal.

p/s : menunggu kemana hala tuju acara bogel ni......

Potai

Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina.

Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya “En., petai ini juallah kepada saya.”. Tapi orang asli itu enggan. Katanya “Saya sudah janji dengan Cina tadi”. “Dia akan datang mengambilnya petang nanti”.

“Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar”. Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. “Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata “Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga”.

Aim And Fire



senyum kambing versi de' anje online

Rempit dan Umno

Dengan usaha mereka...
Sediakan program untuk pemuda...
Mungkin salah satu yer nak sediakan track...
Untuk mat rempit merempit dengan selamat...
Dapat memegang dan menyakinkan mereka...
Untuk mengundi Umno dan BN...
Tapi yang best nyer...
Mat Rempit biasa...
Dikalangan usia 15 hingga 21 tahun...
Dan boleh mengundi ker???

Desperate move...

Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

Usul bantahan nelayan dibahas

aku dah habaq dah semalam...
ingat tak mau nak pikiaq...
nasib baik hangpa ada akai...
hat nih la yang patut hangpa bahas...
bahas pasai masalah rakyat...
bahas pasai kesulitan rakyat...
bukan nak bahas pasai jamban...
itu kesulitan mende sulit...

"BARU ADA AKAI"

Jururawat

Di suatu pagi di sebuah hospital kerajaan di negeri Perak, suatu majlis Taklimat untuk Jururawat Baru sedang berlangsung...

Ketua Jururawat: Ada lagi jururawat baru dari bukan UMNO..?
Siapa yang ahli parti dalam Pakatan Rakyat, ada?


Semua senyap!

Ketua Jururawat: Angkat tangan jururawat baru yang ahli atau penyokong UMNO..!

Semua jururawat baru, perlahan-lahan, mengangkat tangan.

Ketua Jururawat: Bagus! Saya tidak mahu tengok, ada lagi jururawat yang makan gaji dengan kerajaan, lepas itu PRU pangkah parti pembangkang. Faham semua?

Semua mengangguk.

Ketua Jururawat: Baiklah, kita hanya boleh control staf kita. Tapi kita tidak boleh control pesakit.

Sebahagian pesakit bagus. Sebahagian lagi menyampah saya tengok mereka. Tapi penyokong parti Pembangkang, muka tak malu, bila sakit dapat rawatan hospital kerajaan.

Semua saling berpandangan di antara satu sama lain.

Ketua Jururawat: Ambil kertas ini seorang sehelai. Dalamnya ada 10 soalan macam mana kita nak tanya dan kita boleh tahu seseorang pesakit itu, orang UMNO atau penyokong Pembangkang.

Kertas diedarkan, dan diambil jururawat baru, seorang sehelai.

Ketua Jururawat: Setelah kita kenal pasti kecondongan parti politik pesakit, barulah kita boleh control.

Begini cara kita boleh control ya.

Pertama: bila pesakit bukan orang UMNO, mereka penyokong Pembangkang, bila dia sakit, dia panggil kamu, kamu lambat-lambatkan mendatangi dia.

Kedua: Bila mereka minta apa-apa, kamu buat layan tak layan sahaja.

Ketiga: Injeksyen untuk orang UMNO, lakukan seperti yang telah kamu belajar. TETAPI, bila penyokong Pembangkang, kamu tak usah injeksyen ubat, kamu injeksyen guna air paip sahaja ya.

Faham semua?

Jururawat Baru: Tidak faham Puan Ketua Jururawat.

Ketua Jururawat: Apa yang kamu tidak faham?

Jururawat Baru: Di dinding sana, gambar Menteri Besarnya, dari parti Pembangkang. Negeri kita ini, setelah PRU 12, kerajaannya ialah Pakatan Rakyat. Jadi macam mana perihal control yang Puan terangkan tadi?

Ketua Jururawat: (Kemalu-maluan) Eh! Iya ker? Ooo ini arah panduan tahun 2007, rupanya. Kalau begitu tukar ya. Injeksyen untuk orang UMNO, bubuh air paip sahaja...

Sekadar lawak sendal otak, tidak kene mengene dengan yang idup atau pun sudah mati

Pembekuan Pengambilan

Kerajaan baru-baru ini dengan cerdiknyer menyatakan hasrat untuk membekukan terus pengambilan pekerja asing dalam semua sektor. Dengan harapan dapat mengurangkan pengaliran wang keluar. Namun demikian pihak MEF amat berharap agar pembekuan ini tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat kerana negara masih memerlukan tenaga kerja asing terutama dalam sektor-2 tertentu contahnye perladangan.

Kementerian Sumber Manusia sendiri berhasrat ingin meningkatkan pengambilan pekerja asing terutama disektor perladangan untuk mengcukupkan permintaan perkerjaan di sektor tersebut yang sepatut nyer diisi oleh pekerja tempatan tetapi tak mahir dan pemalas.

Kalau diikutkan, adalah tidak wajar kita 'shutdown' terus mengambilan pekerja asing memandangkan permintaan sesetengah sektor masih lagi tinggi. pengurangan sepatutnyer di buat dahulu di sektor sektor lain contoh nyer perdagangan, pemakanan dan sukan.(hehehe). negara sebenar banyak bergantung dengan pekerja asing ini. untuk menidakkan terus mereka ini, negara akan mengalami masalah lain pula. suatu garapan dan plan tindakan harus dibuat supaya pengubahan persepsi pekerjaan di kalangan warga malaysia dapat dibuat dan plan tindakan pendidikan dengan hanya berteruskan dahulu,'produse only what we want' bukan create graduan yang hanya boleh kerja berlandaskan skop pembelajaran dia 10 tahun lgi sebab jawatan tu tak wujud lagi di Malaysia....

Sumber...

Jerit Berjaya

Walaupun menghadapi banyak halangan...
Dengan semangat yang jitu...
Ingin menyampaikan suara rakyat kepada pemimpin...
Tak kira pimpinan UMNO, BN, PKR, DAP, PAS...
atau maner-maner pun parti yang memimpin...
agar mereka dapat bertindak untuk rakyat...
bukan untuk diri sendiri...

Tahniah kepada pengayuh-2 JERIT...
Sebar berita gembira kepada semua...
Memorandum berjaya disampaikan...
Sekurang-2nya dan sampai ke tangan mereka...
Hanya tunggu mereka untuk bertindak...

TAHNIAH sekali lagi...

Just a joke...

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.

Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.

Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??

Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.

Pembeli : Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.

Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Takder Kuasa

Rupernyer kerajaan pusat takder kuasa dalam...
Isu pembelian kenderaan kerajaan negeri...
Patut la kome cume bleh kritik jer...
Tak bleh ambik aper tindakan...
Tapi kome tak bagi pun diskaun...
Chit Apa Dah...
Aper rakyat akan pikior kalau kome nih betui-2 telus...
Nak tolong rakyat....
Not some crappy comment about their desicion...
Think bout it'

Yang Turun Yang Naik

Harga petrol turun...
Tapi harga lain tak turun...
Makin naik ader ler...
Ape hal???
Bincang lagi pasai jamban...

'Hari minggu nih tak makan pengat lah... mahei benor'

Jamban

Nih pehal kisah pasai jamban nih...
Bawak gi parlimen lak tu...
Takder isu ker???
Sekarang kene la pikior camne nak bantu rakyat...
Selesai masalah rakyat...
Bukan nak kecoh pasai jamban bayo ker idak...
Mike bukan masuk jamban kene bayo pun...
Apada...itu PBT punyer area of work...
Tak payah bincang kat parlimen...

Nangkutinang puiketepui...

Lagak Bujang

Ini satu mangkuk haaa...
Kalau sulah kawin cakap sulah kawin...
Kalau tak mau kantoi...
Jangan kawin lerr kawan...
Pas-pas kat gua...
Yang masih bujang lagi tiga nih...
Apa aper hat....???

Kita dah tahu

Sedara-sedari sekalian...
maka dengan ini kita sudah mendapat tahu...
kemana bakal perginye...
wang royalti-royalti...
yang bakal rakyat Terengganu dapat tu nnt pergi...

Oleh yang demikian...
Marilah sama2 kita memangkah dengan berhemat...
Pilih lah dengan cermat...
Agar kita semua selamat...
Dunia dan akhirat...

p/s ini bukan ceramah politik atau keagamaan...
ini adalah ceramah MLM kat Dewan di
KOKIK...

party that i like

bestnya kalo jadi