dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

19 December 2008

solat

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

awas

Piala Liga Juara-Juara Eropah

Chelsea lwn Juventus

Villarreal lwn Panathinaikos

Sporting Lisbon lwn Bayern Munich

Atletico Madrid lwn FC Porto

Lyon lwn Barcelona

Real Madrid lwn Liverpool

Arsenal lwn Roma

Inter Milan lwn Manchester United

Cayalah

.....oooo orang kita khatulistiwa
di mana jua nusantara
bersatu kita teguh
bercerai kita roboh.....

Ini antara lirik lagu Blues Gang yang yang mempunyai nilai patriotiknya yang tersendiri.

Sedar tak sedar dah rupenya dah 30 tahun umur Blues Gang ni.

Masih teringat lagi performance terakhir yang teman tengok iaitu di Ipoh Blues. Malahan teman turut buat rakaman mini konsert tu disamping rakaman audio menggunakan MD.

Mini DV dan MD tu masih tersimpan rapi dalam laci teman.

La ni deme nak buat album baru. Dengo nya nak buat recording kat Australia. Fuh.... teman tunggu album kome yang naru ni weh.....

p/s : 31 Disember 2008 Blues Gang akan perform kat The Duke, Duta Vista sempena menyambut kedatangan tahun 2009. Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? zzzzzzzzzzzzz

senyum kambing versi anje online


cakap dulu baru fikir

Bila teman kata bangang, bodoh, bahalol, bingung, baghal, keldai, monyet, kambing dan seerti dengannya mau teman yang kena ISA kang.

Bila teman carut hingga mencapai tahap gaban, segala mak pun keluar, belum kira hak bapak punya, kena ISA jugak teman.

Mana tak marah..... Semalam sibuk nak swasta. Hari ni tak jadi. Kalo tak jadi dengan alasan yang best macam

  • Sime Darby tak de duit ke?
  • Sime Darby tak boleh bagi special rate untuk golongan miskin ke?
  • Semua doktor akan resign dari IJN kalo diswastakan ke?

Boleh la jugak akai cetek teman ni terima.

Selagi tangguh sebab nak kena buat kajian mendalam dengan kementerian kementerian lain dulu. Ini yang bikin teman panas.

  • Ngapa sebelum cakap tak mau FIKIR PANJANG PANJANG
  • Ngapa sebelum announce tak nak KAJI DALAM DALAM
  • Ngapa sebelum cerita tak nak PAKAT RAMAI RAMAI

Teman tau le mike nak jadi PM nanti.... opssss silap Presiden UMNO nanti tapi jangan la dok ikut perangai Presiden yang ada sekarang ni. FLIP FLOP

Masalahnya kalo setakat FLIP FLOP tak pa tapi mike dah tahap FLIP FLOP FLUP FLEP FLAP.

Jibauk betoi

Kuda Raja

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”

Dengan selambanya budak tu jawab,

.
.
.
.
.
.

“Nak kena jentik lagi…??”

Just a joke...

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi.
Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya.
Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…

Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”

Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

pecat

itu menteli yang jaga
rega minyak kena pecat
itu dewan parlimen sulah panggil
kasi soalan pasai rega minyak
dan kualiti barang

sikalang minyak munya rega
mulah tapi apa pasat masih mahai
ini suma lu munya pasat
lu luluk liam liam saje
talak mau kilija

itu menteli munya nama
mohammad amin farhang
menteli perdagangan afghanistan

sini munya menteli bila mau kina pecat

alo latuk, YOU'RE FIRED

LINK

Hilang Akal

Teman sebetuinyer pening la ngan budak botak sorang nih...dulu masa zaman Tun kemain ikut buntut... Bila Tun dah takder, kemain la dia nih berkuak...Kalau cakap macam orang ader akai takper juga... Ini macam orang hilang akai...Allo dato... see, listen and process wisely laaa sebelum nak cakap aper-aper... DSAI dan Pakatan Rakyat percaya dan sokong supaya pindaan dibuat...percaya usul tu akan menyenangkan semua orang dan memudahkan kerja PM...mai kat mike bleh lak "see in skew" (pandang serong) ... APA HAT??? dah sparrow ker mate tu???

Same reason

The same reason but different state government that come from different political parties. Since the 'different' is monstrous rather than the 'same', so the reaction is also different. One is favorable meanwhile others been jerk off. So that is the example of a very good and well manage federal government.

That didn't count on the price of the car which is much more cheaper compare to the model been selected by the state government from the same political parties with the federal.

So people make a choice. Do you still want them???

musnah harapanku

teman baru nak order (rega : USD$99.00) untuk teman
guna bersama (rega : USD$14925) dan teman boleh
buat aksi ni dan gerenti
ramai terpikat.


Tak kesampaian rasa bila baca sini terpaksalah teman
pakai bila teman
kayuh (rega : USD$6900.00).


Masalahnya bila kayuh ramai ramai, teman dengo nanti kena tangkap pulak macam deme ni.....

p/s : kacau jiwa teman

IJN

Swastakan IJN? Sime Darby take over? Teringat teman dokumentari oleh Michael Moore yang bertajuk Sicko...

Ipoh - Singapura

Ajengan teman salutes YAB MB Perak yang naik bas dari Ipoh ke Singapura untuk Lawatan Kerja Teknikal.

Walaupun naik eksekutif coach, bagi teman yang pengangkutan utama adalah bas juga untuk ke KL teman tau betapa terseksanya jiwa dan raga. Terasa berpusing urat belikat. Itu teman yang dari Ipoh ke KL. Tak boleh le teman bayangkan kalo Ipoh ke Singapura. 6 jam pegi dan 6 jam balik.

Lagi satu bila dah naik bas tu dah tentu le jalan dalam Highway. Kalo dah dalam highway tentu berenti kat R n R je.

Teman juga suka dengan tazkirah oleh YAB MB Perak sebagai pengisian dalam perjalanan

SALUTES

sumber

kasut dan Bush

Enjoy!!!

SINI

Selamat Tinggal???

Adakah diri ku akan berpisah dengan mu wahai helmet ku...
Jika ku baca berita baru-2 ini terasa sangat kita akan berpisah...
Dipisahkan oleh mereka yang tidak mengenalimu...
Dipisahkan oleh mereka yang tidak memahamimu...
Dipisahkan oleh mereka yang tidak merasai kenikmatan dirimu...
SEDIH NYER...

p/s saje jer nak suruh kuar duit beli helmet baru...

test

testing
1
2
3
4
5