dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

22 December 2008

ijn 2

telus telang cakap
kalo ini sime darby 
talak mau angkat itu ijn
sampai sikalang gua ingat
itu ijn under kesihatan

lupa lupanya bukan bawah kesihatan
lia luluk bawah kewangan

lu olang talak mampu handle
kasi sama kesihatan la
apa pasat mau kasi sama
koporat munya olang

sikalang rega sulah mahei
nanti lagi mahei
bila lagi mahei
olang susah
kena halau

pasai talak ala wang
pasai talak ala insulan
pasai talak ala epf

gua talak ala epf
gua talak ala insulan
gua jugak talak ala wang

bila gua kena heart attack
gua akan mati dalam longkang
bila sulah busuk dan ala ulat
balu olang pelasan

ijn 1

itu sime darby
mau angkat itu ijn
itu sime darby
tuan munya subang jaya medical centre

itu ijn kasi baik jantung munya hal
subang jaya medical centre pun 
ala ini jantung munya dept

dulu masa gua belaja marketing
satu cara nak lawan rival ialah
take over the rival

lu cannot lawan rival
lu beli lu munya rival

sikalang suma stop
gua ingat bukan stop terus
stop sikijap saja

lepas by election p36
baru bincang balik
baru mau kasi ijn sama sime darby

the one u feed

One evening, the grandfather told his grandson about a battle that goes on inside people.

He said, "My grandson, the battle is between two 'wolves' inside us all. One is Evil - It is anger, envy, jealousy, greed, and arrogance. The other is Good - It is peace, love, hope, humility, compassion, and faith."

The grandson thought about this for a while and then asked his grandfather, "Which wolf wins?"

To which the grandfather simply replied, "The one you feed."

only in Malaysia

Jantung

IJN nak kena jual..????
depa x ada duit ka nak urus ijn sampai nak d swastakan..????
kalau betui la d swastakan..
makin parah la pesakit2 yg berpendapatan rendah..

Beuty And The Machine


teman ingat nak sajes kat nabil..
angkat ini kereta..
blh bikin rali masuk site..
huahuahuahuahuahuahua..





perghhhh.........
kome rasa keta pe ni..
x tau mana yg cantik..kuikuikuikuikuikui..




keindahan yang hilang

Isteri : Abang, dua tahun kita bercinta penuh keindahan. Kita makan berkongsi sepinggan, juga berkongsi minum segelas, pergi pejabat pun bergilir kongsi kereta. Sekarang ini belum pun setahun usia perkahwinan kita, sudah tiada lagi keindahan seperti itu. Ani mengharapkan ianya berulang.

Suami : Jangan harap. Tak mungkin berulang. Dulu tu abang terpaksa buat bagitu untuk berjimat, sebab hantaran kahwin Ani mahal sangat.

p/s : jangan letak hantaran mahei sangat

Jom Main Kombat2

teman udah ready..
kome bilalagi..
hehehehehehehehee..

Janda yang kehausan

Hasnah adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Hasnah masih cantik, potongan body pun ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.

Sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda2 tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat2 kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.

Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. Hasnah bangun dari tidurnya. Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Hasnah merasa begitu dahaga sekali…

Hasnah bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur…langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.
Sesampai di dapur… Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…

Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut… Hasnah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.

Begitulah kisah mengenai Hasnah, seorang janda yang kehausan.

Kui Kui Kui

politik wang

Bukan mudah nak buktikan politik wang kata kata Tan Sri Zuki

Memang nampak A bagi duit
Memang nampak B terima duit
Memang ada C snap gambo pakai kamera phone

Nak adu nanti projek tak lulus
nak komplen nanti soru miss
nak bising nanti kena pulau
nak report pun buat penat je
sebab report kena report akan di tongsampah kan

Yang nak terima report pun takut jugak
takut tak naik gaji
takut tak naik pangkat
takut kena pindah ke jabatan cold storage

payah la macam ni kan kan kan

Senyum Kambing Versi Teman


mmmbekkkk...
jangan marah yer....

Jangan Buat Pasal Nanti...


Peringatan kepada semua ahli...
Jangan buat pasai...
Nanti kene gantung....

Kes Nurin

Al-Fatihah.....

Dah lebih setahun kes ni duduk dalam kabinet kes tidak selesai. Macam macam PDRM buat sampai mintak tolong FBI tapi hasilnya tak kemana. Tiba tiba ari ni ada syarikat swasta nak tolong PDRM. Syarikat tu khabarnya memang menjadi pembekal peralatan sains forensik.

Dengan menggunakan sistem terbaru berteknologi luar negara itu ianya mampu menjelaskan imej cctv yang kabur. Dengan jelasnya imej tersebut, dapatlah PDRM kenal pasti no pendaftaran motorsikal suspek.

Dah setahun lebih..... dah setahun pdrm lebih masih guna equipment lama.

Teman ingat bila cubaan kenal pasti no pendaftaran yang pertama gagal dan lepas mintak tolong fbi pun gagal ada le usaha untuk naik taraf peralatan yang ada. rupanya tak. masih ditakuk lama.

kalo tak de syarikat ni nak membantu sampai sudah la kes nurin tu simpan dalam kabinet kes tidak selesai.

p/s : teman ingat pdrm perlu diswastakan.

Equation



wo pu zhi tau...

Makan Malam

tak percaya umno

Setelah 50 tahun penduduk Kuala Sungai Baru tercemar gara gara wujudnya ladang babi. kali ni deme anto memorandum mintak usaha dilakukan agar pencemaran itu tidak berterusan.

memorandum tu dihantar kepada semua pemimpin islam dan melayu baik dari kerajaan pemerintah atau pembangkang.

yang bestnya dalam resolusi 16 menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin PKR harus membuktikan kemampuan beliau untuk membantu menyelesaikan masalah lambakan ladang dan ternakan babi yang mencemarkan alam sekitar di negeri Melaka sejak 50 tahun yang lalu.

fuh sampai tahap macam ni memang SAH la yang memerintah tak buat keje. Mungkin ada yang dapat persen kot. Bayangkan dah 50 tahun. Kalo orang keje gomen dah boleh amik opsyen. duit kwsp pun dah boleh bawak keluar (akaun 2).

buat penduduk Kuala Sungai Baru khususnya dan Melaka amnya

ANDA SEMUA TAHU SIAPA PILIHAN ANDA PADA PRU13 KELAK

Teman dah kabo...!!!

Teman dah kabo dah...
jangan makan tengkok ayam...
nih 6 bulan sebelum kahwin...
hari-hari dia makan...
tengok...
kan dah bersanding kepala telen...



p/s...just a joke...

champion

Jom Makan


agak2 kome tau tak kat maner tempat nih...
teman dah lapo nih...
nak pegi jom...
ADA BRAN KER???

Just a joke...

Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.

"Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..."

"Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.

"Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."

Lagi Satu Projek Rakyat

Ya ya ya...
Maklumla...
Tak lama lagi ader PRK di KT...
Seronok orang Terengganu sekarang...
Dulu macam tak terbela nasib kome...
Ader royalti tak dapat aper pun...
Ader telaga minyak bukan kome punyer pun...
Tapi sebab nak kan kerusi...
Macam-macam kome dapat...
Yang nih paling latest...

Cuma yang perlu kome ingat...
Ini baru rancangan...
Masih duk tunggu lapuran lagi...
Pastu pungutan hasil dari kelapa sawit...
Kurang-2 lepas lima tahun baru ader ada...
Agak-2 kalau deme menang...
Projek nih still jalan ker...
Teman rasa belum tentu lagi...
Tapi kalau deme tak menang...
Dah tentu la kome takkan dapat aper-aper...

Media deme yang control...
Kome mungkin tak dapat tau...
Aper yang parti lawan nak offer...
Yang pasti...
Pandai-2 kome la memilih nanti...
Sedangkan statement menteri yang dia lantik sendiri...
Bleh kene tindih...
Nih kan pulak kome...

'Hari minggu makan pengat, sendiri mau ingat'

Minyak oh Minyak

Harga pasaran minyak turun lagi...Dikatakan ke paras yang 'gile'...Permintaan makin kurang... Tapi ader pulak statement nih kater, negara harus mendidik rakyatnyer supaya kurangkan penggunaan minyak...suh duk kat umah...jangan jalan-2...kalau nak jalan-2 guna la basikal... oppss tak boleh pulak... nanti deme charge buat demostrasi haram... pening-pening..

Berbalik pada en3 teman yang dulu...harga lantai tak perlu... kita adalah negara pengeluar minyak... penetapan harga lantai hanya membantu kerajaan dan syarikat yang terlibat bukan rakyat...yang membantu rakyat adalah harga siling...

ok la nanti kalau takder harga lantai... kerajaan akan kurang pendapatan untuk bantu rakyat... tapi sekarang nih...rakyat dikerahpaksa membayar kepada kerajaan...sekarang kerajaan dapat income buta-2 jer dari rakyat...takder lagi isu subsidi lagi...

mungkin banner yang menunjukkan berapa subsidi kerajaan dah bagi untuk support harga minyak kita ditukarkan kepada berapa rakyat dah sumbang kepada kerajaan untuk tampung harga minyak yang rendah sesangat sekrang nih...poster-poster dan banner tersebut dipaparkan di setiap office menteri supaya memberi peringatan yang kome kene kerja kuat dan lebih sebab rakyat dah tolong kerajaan pulak...

'Hari minggu makan pengat, sendiri mau ingat'

Toyota Camry